Analisis penerimaan e-dagang dalam kalangan usahawan PKS dengan menggunakan model pemecahan teori tingkah laku terancang

Sungguhpun e-Dagang merupakan gaya hidup perdagangan dan beli-belah masa kini, namun pengguna platform e-Dagang lebih banyak dimanfaatkan oleh pembeli dan bukannya penjual. Ini termasuklah kelompok usahawan PKS yang dilihat ketinggalan dalam memanfaatkan teknologi ini. PKS merupakan antara segmen ek...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Haizum Ruzanna Sahar, Maizatul Haizan Mahbob, Wan Amizah Wan Mahmud
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2023
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/22610/1/Akademika_9.pdf
http://journalarticle.ukm.my/22610/
https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1593
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Sungguhpun e-Dagang merupakan gaya hidup perdagangan dan beli-belah masa kini, namun pengguna platform e-Dagang lebih banyak dimanfaatkan oleh pembeli dan bukannya penjual. Ini termasuklah kelompok usahawan PKS yang dilihat ketinggalan dalam memanfaatkan teknologi ini. PKS merupakan antara segmen ekonomi yang menyumbang KDNK terbesar bagi negara. Pada tahun 2020, berlaku penyusutan ketara dari segi sumbangan PKS kepada KDNK negara akibat penutupan premis perniagaan dan perintah kawalan pergerakan. Bagaimanapun ramai PKS tidak cuba mengambil kesempatan daripada krisis kesihatan dan ekonomi ini untuk beralih kepada perniagaan dalam talian, sedangkan sektor ekonomi digital ini merupakan segmen ekonomi yang paling melonjak ketika dua tahun negara berada dalam era pandemik. Kemudahan internet tidak digunakan secara optimum oleh golongan PKS untuk meneroka pasaran baharu melalui perniagaan dan pemasaran digital. Ini membuktikan tingkah laku penerimaan PKS terhadap e-Dagang masih lagi rendah dan tidak seiring dengan aspirasi Kerajaan. Berhasilnya pelaksanaan niat dan tingkah laku penerimaan e-Dagang adalah didorong oleh sikap positif, bantuan sokongan sosial serta kawalan tingkah laku yang baik. Dengan bersandarkan Model Pemecahan Teori Tingkah Laku Terancang (DTPB) dan berpandukan pemerhatian empirikal, kertas konsep ini menghujahkan kekuatan setiap faktor penentu ini dengan lebih terperinci dalam meramalkan tingkah laku penerimaan. Hasil perbincangan mendapati niat dan tingkah laku sebenar usahawan PKS terhadap e-Dagang adalah didorong oleh faktor sikap, norma subjektif dan persepsi kawalan tingkah laku yang mana didasari oleh kepercayaan persepsi faedah, persepsi mudah guna, keserasian, boleh percaya, pengaruh interpersonal, pengaruh luaran, efikasi diri dan suasana dorong. Justeru itu, diharapkan perbincangan ini akan dapat membantu bidang akademik dan praktis dalam memahami fenomena ini selain dijadikan panduan oleh penggubal dasar untuk mengkaji semula ekosistem dan mekanisme e-Dagang negara agar dapat meluaskan lagi penyertaan golongan PKS dalam e-Dagang.