Peranan sokongan sosial, kekuatan dalaman dan ketahanan diri pelajar berbakat sukan semasa pandemik COVID-19: suatu kajian tinjauan di Malaysia
Ketahanan diri seseorang pelajar berbakat sukan boleh dikaitkan dengan peranan persekitaran terhadap dirinya serta keupayaan dalam diri. Dalam konteks situasi semasa seperti pandemik COVID-19, ketahanan diri menjadi semakin penting dan bertindak sebagai faktor pelindung daripada risiko kegagalan pen...
Saved in:
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2023
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/22641/1/606952180302PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/22641/ http://ejournal.ukm.my/ebangi/index |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Ketahanan diri seseorang pelajar berbakat sukan boleh dikaitkan dengan peranan persekitaran terhadap dirinya serta keupayaan dalam diri. Dalam konteks situasi semasa seperti pandemik COVID-19, ketahanan diri menjadi semakin penting dan bertindak sebagai faktor pelindung daripada risiko kegagalan pengembangan bakat. Namun, ketahanan diri tidak wujud dengan sendiri dan perlu kepada sumbangan pelbagai faktor. Sehingga kini, kajian terhadap faktor yang menyumbang kepada ketahanan diri yang kukuh terutama semasa menghadapi pandemik COVID-19 masih menjadi topik utama penyelidikan. Justeru, artikel ini bertujuan untuk meninjau impak sokongan sosial dan kekuatan dalaman terhadap ketahanan diri pelajar berbakat sukan di Malaysia semasa penularan wabak COVID-19. Kajian ini melibatkan pengumpulan data sekunder dan analisis kandungan. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat dua faktor utama yang menyumbang kepada ketahanan diri pelajar berbakat sukan semasa pandemik COVID-19 iaitu faktor sokongan sosial di persekitaran seperti keluarga, rakan-rakan dan jurulatih, serta faktor kekuatan dalaman seperti kemahiran menyelesaikan masalah, kesedaran kendiri dan efikasi kendiri. Kajian ini dirujuk penting dalam memberi gambaran berkenaan isu ketahanan diri yang berlaku dalam situasi semasa seperti pandemik COVID-19 yang boleh menjejaskan pengembangan bakat sukan khususnya di Malaysia. |
---|