Sheikh Haji: satu penelitian terhadap isu dan cabaran semasa penggunaan kapal laut sehingga penubuhan muassasah
Makalah ini mengetengahkan perbincangan tentang sistem yang telah sekian lama bertapak dalam institusi haji, iaitu Sheikh Haji sehingga disifatkan ‘as old as the haj itself’. Sheikh Haji telah menjadi sebahagian daripada sub-budaya dan tradisi berhaji masyarakat Muslim, khususnya orang Melayu. Artik...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2023
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/22668/1/656832180792PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/22668/ http://ejournal.ukm.my/ebangi/index |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Makalah ini mengetengahkan perbincangan tentang sistem yang telah sekian lama bertapak dalam institusi haji, iaitu Sheikh Haji sehingga disifatkan ‘as old as the haj itself’. Sheikh Haji telah menjadi sebahagian daripada sub-budaya dan tradisi berhaji masyarakat Muslim, khususnya orang Melayu. Artikel ini bertujuan meneliti isu serta cabaran yang dihadapi oleh Sheikh Haji sepanjang berlangsungnya era kapal laut sehinggalah kepada penubuhan Muassasah dengan menggunakan pendekatan metodologi sejarah yang bersifat kualitatif deskriptif dan analitikal. Kajian ini menggunakan sumber primer seperti Ordinance of the Straits Settlements (S.S)-1906-1907, fail Setiausaha Kerajaan Negeri dan Laporan Tahunan Haji yang diteliti, ditafsir serta disusun menjadi hujah yang objektif dan disokong oleh sumber sekunder. Hasil kajian mendapati bahawa bukan sedikit isu berbangkit berhubung perkhidmatan Sheikh Haji sehingga menimbulkan pelbagai rungutan melibatkan salah laku, pengabaian dan penganiayaan Sheikh Haji terhadap jemaah haji. Pada masa yang sama Sheikh Haji turut berhadapan dengan pelbagai cabaran berbentuk persaingan sesama mereka dan perubahan peraturan dan polisi kerajaan Arab Saudi. |
---|