Kecemerlangan Tamadun Islam di Andalus berdasarkan teori ‘Umran Ibn Khaldun

Kecemerlangan tamadun Islam di Andalus pada penghujung abad ke-10 Masihi mencatatkan pencapaian terhebat di bawah pemerintahan kerajaan Islam Andalus dari aspek politik, ekonomi, sosial dan keilmuan. Malah, pencapaian tersebut turut diakui oleh Ibn Khaldun dalam karya penulisan beliau berjudul Muqad...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Suhaila Abdullah, Nurliyana Mohd Talib
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2023
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/22672/1/656872180842PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/22672/
http://ejournal.ukm.my/ebangi/index
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Kecemerlangan tamadun Islam di Andalus pada penghujung abad ke-10 Masihi mencatatkan pencapaian terhebat di bawah pemerintahan kerajaan Islam Andalus dari aspek politik, ekonomi, sosial dan keilmuan. Malah, pencapaian tersebut turut diakui oleh Ibn Khaldun dalam karya penulisan beliau berjudul Muqaddimah. Sehubungan dengan itu, kajian ini bertujuan untuk meneliti faktor-faktor yang membawa kepada kecemerlangan tamadun Islam di Andalus berdasarkan teori ‘umran Ibn Khaldun. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif menerusi kajian kepustakaan dan metode analisis kandungan ke atas sumber-sumber primer dan sekunder. Hasil daripada kajian yang dilakukan mendapati bahawa antara faktor yang menyumbang kepada kecemerlangan tamadun Islam di Andalus ialah sistem pemerintahan yang sistematik dan efektif, kemajuan dalam bidang ekonomi, pembangunan bandar yang kondusif dan selamat, toleransi antara pelbagai bangsa dan agama serta naungan pihak istana terhadap aktiviti keilmuan. Faktor-faktor ini adalah selari dengan teori ‘umran yang diketengahkan oleh Ibn Khaldun di dalam kitab karangannya berjudul Muqaddimah.