Kemerosotan perdagangan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu pasca perang dunia pertama
Artikel ini menganalisis trend kemerosotan perdagangan di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB) pada awal tahun 1920-an. Kebergantungan eksport timah dan getah mengakibatkan nilai imbangan perdagangan NNMB merosot setelah kejatuhan harga pasaran kedua-dua komoditi tersebut. Impak Perang Dunia Pertam...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2023
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/22924/1/6%20His%20Mohd%20Shazwan%20Mokhtar.pdf http://journalarticle.ukm.my/22924/ https://spaj.ukm.my/ajehh/index.php/ajehh/index |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Artikel ini menganalisis trend kemerosotan perdagangan di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB) pada awal tahun 1920-an. Kebergantungan eksport timah dan getah mengakibatkan nilai imbangan perdagangan NNMB merosot setelah kejatuhan harga pasaran kedua-dua komoditi tersebut. Impak Perang Dunia Pertama telah melemahkan pasaran ekonomi di Eropah yang secara relatifnya telah melemahkan juga kuasa belinya terhadap bahan mentah dari NNMB. Penelitian terhadap dokumen pentadbiran NNMB dan CO 717 membuktikan tumpuan terhadap eksport timah dan getah mengakibatkan sektor perdagangan persekutuan rentan dengan risiko kejatuhan harga pasaran komoditi. Matlamat sebenar pelaksanaan dasar menstabilkan harga pasaran komoditi adalah untuk memastikan pengeluaran timah dan getah oleh syarikat British terus beroperasi. Tambahan lagi, langkah menstabilkan harga pasaran komoditi bertujuan melindungi syarikat dan firma milik British daripada kerugian kesan kejatuhan pasaran. Hasil kajian juga mendapati, walaupun sektor perdagangan NNMB merosot, imbangan perdagangan persekutuan kekal positif. Pelaksanaan usaha pemulihan harga pasaran komoditi juga membuktikan wujudnya hubungan simbiosis antara kerajaan kolonial NNMB dengan syarikat swasta. Hal ini demikian kerana, kebergantungan mereka terhadap eksport timah dan getah sebagai sumber pendapatan utama. |
---|