Dasar pembangunan kolonial dan pengaruhnya terhadap urbanisasi di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, 1914-1940

Artikel ini membincangkan tema sejarah pembangunan di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB). Pelaksanaan dasar pembangunan kolonial antara tahun 1914 hingga 1940 bukan sahaja mengakibatkan perkembangan infrastruktur moden di NNMB, bahkan mempengaruhi proses urbanisasi bandar kolonial. Kepentingan NN...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohamad Aiman Fadhlin Mohd Ali, Mohd Shazwan Mokhtar
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2023
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/22950/1/JT%205.pdf
http://journalarticle.ukm.my/22950/
https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/31
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Artikel ini membincangkan tema sejarah pembangunan di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB). Pelaksanaan dasar pembangunan kolonial antara tahun 1914 hingga 1940 bukan sahaja mengakibatkan perkembangan infrastruktur moden di NNMB, bahkan mempengaruhi proses urbanisasi bandar kolonial. Kepentingan NNMB sebagai unit politik kolonial yang membekalkan komoditi asasi perdagangan eksport mendorong British membina bandar dan pelabuhan kolonial seperti Telok Anson, Kuala Lumpur, Pelabuhan Swettenham dan Pelabuhan Weld. Pembangunan bandar dan pelabuhan kolonial ini secara langsung mengakibatkan proses urbaniasi beracuan seni bina dan sistem perbandaran kolonial. Bagaimanapun, kajian terhadap proses urbaniasi di NNMB dan hubungkaitnya dengan dasar pembangunan kolonial masih kurang diberi perhatian oleh pengkaji sejarah. Oleh itu, kertas kerja ini membincangkan tiga komponen sejarah pembangunan NNMB secara khusus. Pertamanya, faktor pembentukan dasar perbandaran. Kedua, ciri dan sistem perbandaran kolonial dan yang ketiga kesan perbandaran terhadap ekosistem NNMB. Hasil kajian ini mendapati pembentukan dasar perbandaran disebabkan faktor perkembangan ekonomi moden di NNMB. Kegiatan ekonomi moden ini telah berkembang pesat dan menjadi tumpuan utama dalam pelaksanaan dasar kolonial. Secara tidak langsung perkara ini memerlukan pembangunannya kawasan yang berkeperluan dibangunkan. Sistem pembandaran dan ciri di NNMB pula diperlihatkan berdasarkan ciri Eropah mahupun campuran. Ciri Eropah yang paling ketara dalam pembangunan di NNMB adalah dari segi reka bentuk arkiteknya yang lebih ringkas sebagai salah satu ciri klasik manakala seni bina campuran adalah senibina yang diubahsuai kebiasaannya dari China dan India. Kesan pembandaran terhadap ekosistem NNMB akan mempengarhi kualiti hidup masyarakat. Hal ini kerana ianya merupakan penentu dalam menggambarkan keadaan semasa penduduk