Penginterpretasian metafora air sebagai interaksi hubungan dalam Weltanschuung Melayu: satu analisis model hibrid baharu
Air begitu penting pada setiap hidupan di seluruh dunia kerana air menjadi sumber asas untuk meneruskan kelangsungan hidup yang baik. Ciri fizikal air, fungsi dan tingkah lakunya yang pelbagai membuatkan manusia memanfaatkannya untuk diabstrakkan ke dalam bentuk metafora sama ada secara lisan mahupu...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2024
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/23003/1/jatma%202024%201201%2008.pdf http://journalarticle.ukm.my/23003/ http://ejournal.ukm.my/jatma/index |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Air begitu penting pada setiap hidupan di seluruh dunia kerana air menjadi sumber asas untuk meneruskan kelangsungan hidup yang baik. Ciri fizikal air, fungsi dan tingkah lakunya yang pelbagai membuatkan manusia memanfaatkannya untuk diabstrakkan ke dalam bentuk metafora sama ada secara lisan mahupun tulisan. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk menginterpretasi maksud metafora yang mengkonsepsikan air sebagai hubungan dan menjelaskan perkaitan antara tingkah laku air yang dikaji dengan makna yang diperoleh. Kajian ini merupakan kajian kualitatif deskriptif. Bagi mendapatkan data yang berunsurkan metafora, tingkah laku air seperti mengalir dan meresap telah dijana dalam Korpus DBP. Oleh itu, Model Hibrid Baharu dijadikan sebagai satu mekanisme penginterpretasian metafora untuk mencungkil maksud tersirat daripada ungkapan metafora yang menyerlahkan konsepsi hubungan. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa air sebagai konsepsi hubungan terserlah dalam empat perspektif, iaitu kekeluargaan, kepimpinan, keagamaan dan keperibadian. Dapatan yang diperoleh ini berupaya menjelaskan persepsi orang Melayu terhadap unsur air sekali gus mencerminkan weltanschauung Melayu dalam berbahasa. Kajian sebegini harus dikembangkan lagi kerana kedinamikan air didapati boleh menghasilkan pelbagai konsep selari dengan konteks yang dibicarakan. Di samping itu, kekuatan Model Hibrid Baharu yang bersifat inklusif wajar dimanfaatkan dalam menganalisis ungkapan bermetafora kerana gabungan antara kekuatan pendekatan Linguistik Kognitif dan pragmatik membantu pengkaji untuk mendapatkan maksud metafora yang lebih tepat secara bersistematik. |
---|