Hubungan modal sosial terhadap aktiviti ekonomi pekebun kecil sawit

Di Malaysia, salah satu industri eksport terpenting ialah industri minyak sawit. Industri minyak sawit menyumbang RM48 bilion kepada keluaran dalam negara kasar negara pada tahun 2020, dan telah menyediakan sara hidup kepada seramai 249,461 pekebun kecil sawit (PKS). Industri minyak sawit telah mema...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Sarmila Md Sum, Mohd Yusran Omar, Zaimah Ramli, Azima Abdul Manaf, Rosmiza Mohd Zainol
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2023
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/23217/1/13%20658942275421PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/23217/
https://ejournal.ukm.my/gmjss/index
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Di Malaysia, salah satu industri eksport terpenting ialah industri minyak sawit. Industri minyak sawit menyumbang RM48 bilion kepada keluaran dalam negara kasar negara pada tahun 2020, dan telah menyediakan sara hidup kepada seramai 249,461 pekebun kecil sawit (PKS). Industri minyak sawit telah memainkan peranan penting dalam usaha negara untuk mengurangkan kemiskinan sejak setengah abad yang lalu. Sejumlah besar bantuan dan program telah disediakan oleh pelbagai agensi kerajaan kepada industri untuk meningkatkan produktiviti dan tahap ekonomi PKS melalui peningkatan modal kewangan, fizikal dan modal insan. Namun begitu, di sebalik pelbagai usaha dilakukan, kebanyakan PKS masih berada di bawah kategori kumpulan pendapatan B40. Penyelidikan di negara lain seperti Indonesia dan Vietnam menunjukkan bahawa selain modal kewangan dan modal insan, komuniti pertanian meningkatkan taraf hidup dan pendapatan mereka dengan meningkatkan tahap modal sosial. Ini kerana mempunyai modal sosial membolehkan individu atau organisasi memperoleh pelbagai bentuk modal daripada sumber lain. Justeru, kajian ini bertujuan untuk menilai prestasi aktiviti ekonomi PKS dan mengukur tahap modal sosial PKS melalui dimensi struktur ikatan (bonding), jalinan (bridging) dan rantaian (linking) serta kekuatan dan pengaruh modal sosial terhadap aktiviti ekonomi PKS. Penyelidikan ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan menggunakan teknik persampelan bertujuan untuk mengumpul data kajian daripada 370 PKS di negeri Perak. Analisis menggunakan nilai min, korelasi dan regresi mendedahkan bahawa struktur modal sosial PKS ikatan, jalinan dan rantaian berada pada tahap sederhana tinggi dan berkait secara positif dengan aktiviti ekonomi. Walau bagaimanapun, kekuatan pengaruh berada pada tahap yang rendah. Hasil kajian ini menunjukkan modal sosial dalam kalangan PKS masih belum mencapai tahap yang boleh mempengaruhi aktiviti ekonomi seperti dapatan kajian lepas. Justeru, agensi pembangunan yang berkaitan perlu mengintegrasikan perancangan dan program yang dapat meningkatkan tahap modal sosial PKS bagi meningkatkan tahap aktiviti ekonomi mereka.