Had ta’lif dan sokongan sosial dalam mensejahterakan mualaf
Kehidupan mualaf sebagai orang yang baru dalam Agama Islam berhadapan dengan cabaran dan konflik tertentu. Cabaran ini antara lainnya ialah berkaitan tempoh mereka berada dalam status mualaf di samping keperluan sokongan bagi membolehkan mereka keluar daripada status tersebut. Hal ini tidak mu...
Saved in:
Main Authors: | , , , , , , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2023
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/23286/1/al-Hikmah_15_2_8.pdf http://journalarticle.ukm.my/23286/ https://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/issue/view/33 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Kehidupan mualaf sebagai orang yang baru dalam Agama Islam berhadapan
dengan cabaran dan konflik tertentu. Cabaran ini antara lainnya ialah berkaitan
tempoh mereka berada dalam status mualaf di samping keperluan sokongan bagi
membolehkan mereka keluar daripada status tersebut. Hal ini tidak mudah
kerana ia berkaitan dengan keupayaan seseorang itu untuk menguasai asas ajaran
Islam dalam tempoh yang ditetapkan oleh pihak berkuasa agama berdasarkan
enakmen pentadbiran Islam negeri-negeri di Malaysia. Sokongan sosial yang
kuat mungkin boleh mempercepatkan proses mualaf keluar dari had ta’lif atau
tempoh bergelar sebagai mualaf. Artikel ini membincangkan had ta’lif mualaf
dan juga keperluan sokongan sosial bagi membolehkan mulaf keluar daripada
status mualaf dan paling penting mengekalkan mereka dalam agama Islam.
Penulisan artikel ini menggunakan kaedah analisis dokumen dengan merujuk al
Qur’an, hadith, kitab turath, artikel jurnal dan lain-lain literatur berkaitan subjek
kajian. Kaedah analisis data pula dilakukan secara tematik dengan membentu
tema-tema tertentu yang mendokong tajuk kajian. Dapatan menunjukkan
tempoh atau had ta’lif adalah perlu bagi memudahkan urusan berkaitan
pentadbiran pihak berkuasa agama khususnya bantuan zakat. Manakala
sakongan sosial dalam bentuk spiritual seperti bimbingan agama, nasihat atau
kauseling atau dalam bentuk fizikal seperti bantuan material dan perlindungan
keselamatan diperlukan mualaf bagi memastikan kesejahteraan hidup mereka
sebagai seorang Muslim. Implikasi kajian ialah kedua-dua had ta’lif dan 120 | Had Ta’lif dan Sokongan Sosial dalam Mensejahterakan Mualaf
sokongan sosial adalah signifikan dengan kehidupan mualaf dan menjadi
kewajipan masyarakat Islam untuk cakna terhadap kehidupan mereka. |
---|