Kebitaraan rupa bentuk dan perancangan susun atur ruang rumah warisan melayu dari sudut pandang orientalis abad ke-19
Seni bina rumah warisan Melayu merupakan manifestasi kehebatan dan kebijaksanaan masyarakat Melayu silam dalam membina dan merealisasikan rumah kediaman mereka. Falsafah, kepercayaan dan ritual di sebalik proses pembinaannya selain ciri reka bentuk rumah yang bitara dan responsif terhadap iklim trop...
Saved in:
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2023
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/23480/1/29.pdf http://journalarticle.ukm.my/23480/ https://www.ukm.my/jkukm/si-6-1-2023/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Seni bina rumah warisan Melayu merupakan manifestasi kehebatan dan kebijaksanaan masyarakat Melayu silam dalam membina dan merealisasikan rumah kediaman mereka. Falsafah, kepercayaan dan ritual di sebalik proses pembinaannya selain ciri reka bentuk rumah yang bitara dan responsif terhadap iklim tropika serta latar persekitaran semula jadi dapat mewujudkan keselesaan hawa dan penyejukan pasif pada ruang-ruang dalaman rumah. Unsur-unsur bitara ini banyak diketengahkan dalam kajian ilmiah tentang seni bina warisan Melayu oleh para penyelidik dan ahli akademik semenjak tahun 1980an hingga kini. Malah lama sebelum itu lagi catatan-catatan dan rekod orientalis barat seawal abad ke-19 dari para sarjana, ahli ilmiah, pegawai pentadbir serta pengembara luar turut mengakui keunggulan dan kehebatan seni bina rumah warisan Melayu ini di dalam hasil penulisan mereka. Namun begitu, catatan awal dan rekod primer orientalis ini jarang dirujuk pada masa kini. Tujuan kajian ini adalah untuk mengumpulkan catatan-catatan penting orientalis tentang kebitaraan dan keunggulan seni bina warisan Melayu dan mencerakin perbandingan antara sumber lama ini dengan (i) hasil penulisan penyelidik tempatan yang lebih kontemporari/ terkini dan (ii) sesi temubual dengan beberapa tokoh pakar/ akademik dalam bidang pemuliharaan seni bina warisan Melayu hari ini. Kajian ini juga akan turut menganalisis kepentingan dan keberkesanan perancangan susun atur ruang-ruang asas yang terdapat dalam rumah warisan Melayu. Hasil kajian mendapati kedua-dua sudut pandangan dari penulis orientalis abad ke-19 dan penyelidik tempatan masa kini mempunyai persamaan dalam membicarakan tentang kebitaraan dan keunggulan seni bina rumah warisan Melayu. |
---|