Penggunaan air secara lestari dalam kalangan warga Bandaraya Ipoh, Perak

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap pengetahuan, sikap dan amalan penggunaan air secara lestari dalam kalangan masyarakat bandar. Pendekatan kuantitatif telah digunakan melalui kaedah tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik. Sampel kajian terdiri daripada 384 orang masyarakat bandar di...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohmadisa Hashim, Intan Nurshafinaz Yusri, Hanifah Mahat, Nasir Nayan, Yazid Saleh
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2024
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/23550/1/13_32_646772360591PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/23550/
https://ejournal.ukm.my/gmjss/index
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap pengetahuan, sikap dan amalan penggunaan air secara lestari dalam kalangan masyarakat bandar. Pendekatan kuantitatif telah digunakan melalui kaedah tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik. Sampel kajian terdiri daripada 384 orang masyarakat bandar di Bandaraya Ipoh, Perak dengan menggunakan teknik pensampelan rawak mudah dan berstrata. Analisis deskriptif (peratus, min, sisihan piawai) dan analisis inferensi (ujian-t, korelasi Pearson) digunakan untuk menjawab setiap persoalan kajian. Dapatan kajian menunjukkan tahap pengetahuan dan sikap berada pada tahap tinggi dalam penggunaan air secara lestari manakala amalan penggunaan air secara lestari berada pada tahap sederhana. Keputusan ujian-t menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara jantina dengan amalan penggunaan air secara lestari iaitu tahap amalan. Analisis korelasi Pearson pula menunjukkan terdapat hubungan negatif yang sangat lemah antara pengetahuan dengan amalan penggunaan air secara lestari dan hubungan positif yang sangat lemah antara sikap dengan amalan penggunaan air secara lestari. Secara keseluruhannya, dapat disimpulkan bahawa masyarakat bandar di Ipoh, Perak mempunyai tahap pengetahuan dan sikap yang tinggi tetapi amalan penggunaan air secara lestari masih berada pada tahap sederhana. Masyarakat bandar perlu meningkatkan lagi amalan penggunaan air secara lestari dari semasa ke semasa sehingga dapat mencapai pengurusan air secara lestari dalam aktiviti seharian mereka.