Hubungan latihan keselamatan, peraturan dan prosedur keselamatan terhadap prestasi keselamatan anggota kerja GIATMARA

Prestasi keselamatan memainkan peranan penting dalam pembangunan pengurusan keselamatan di tempat kerja serta bertujuan untuk memastikan pematuhan keselamatan dan penyertaan keselamatan di dalam organisasi. Prestasi keselamatan juga menyumbang dan menentukan kejayaan pelaksanaan program pencegahan k...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Muhamad Rosly Talib, Rafeizah Mohd Zulkifli, Mohd Azlan Mohammad Hussain
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2023
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/23659/1/kejut_1.pdf
http://journalarticle.ukm.my/23659/
https://www.ukm.my/jkukm/si-6-2-2023/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Prestasi keselamatan memainkan peranan penting dalam pembangunan pengurusan keselamatan di tempat kerja serta bertujuan untuk memastikan pematuhan keselamatan dan penyertaan keselamatan di dalam organisasi. Prestasi keselamatan juga menyumbang dan menentukan kejayaan pelaksanaan program pencegahan kemalangan. Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti hubungan antara latihan keselamatan, peraturan dan prosedur keselamatan dengan prestasi keselamatan pekerja di GIATMARA. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif yang menggunakan rekabentuk kajian tinjauan. Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah borang soal selidik yang melibatkan 128 responden dalam kalangan warga kerja GIATMARA di negeri Perak. Hasil analisis statistik korelasi Pearson menunjukan terdapat hubungan yang signifikan dan positif antara latihan keselamatan (r = .496, p ≤ 0.01), serta peraturan dan prosedur keselamatan (r = .593 **, p ≤ 0.01) terhadap prestasi keselamatan. Hasil kajian ini membuktikan bahawa latihan keselamatan serta peraturan dan prosedur keselamatan mempengaruhi prestasi keselamatan sesebuah organisasi. Oleh itu, adalah penting bagi setiap organisasi untuk memastikan bahawa setiap pekerjanya menerima latihan keselamatan yang mencukupi dan disediakan dengan peraturan dan prosedur keselamatan yang teratur dan jelas.