Hubungan di antara pengetahuan dengan amalan hijau serta langkah-langkah meningkatkan pengetahuan dan amalan hijau dalam kalangan pelajar sekolah menengah

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti hubungan antara pengetahuan dan amalan hijau dalam kalangan pelajar tingkatan dua di sekolah menengah di Malaysia. Kajian ini menggunakan pendekatan penyelidikan kuantitatif. Instrumen kajian yang digunakan adalah satu set soal selidik yang mengandungi 37 ite...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Siti Filzah Liyana Ismail, Zaliza Hanapi, Tang, Jing Rui, Rafeizah Zulkifli, Mohd Firdaus Mustaffa Kamal, Nuruljannah Yusof, Anies Faziehan Zakaria, Mohd Syahriman Mohd Azmi
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2023
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/23664/1/kejut_5.pdf
http://journalarticle.ukm.my/23664/
https://www.ukm.my/jkukm/si-6-2-2023/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti hubungan antara pengetahuan dan amalan hijau dalam kalangan pelajar tingkatan dua di sekolah menengah di Malaysia. Kajian ini menggunakan pendekatan penyelidikan kuantitatif. Instrumen kajian yang digunakan adalah satu set soal selidik yang mengandungi 37 item dengan skala Likert 5 sebagai medium bagi pengumpulan data. Persampelan bertujuan dipilih sebagai reka bentuk kajian dengan memilih pelajar tingkatan dua. Data dianalisis melalui aplikasi IBM SPSS statistik menggunakan analisis deskriptif dan inferensi. Hasil kajian menunjukkan skor min tertinggi bagi respon pelajar tingkatan 2 terhadap pengetahuan amalan hijau memberangsangkan (M=4.10,SP=0.90). Manakala, respon pelajar tingkatan 2 terhadap amalan hijau agak rendah dan perlu diberi perhatian. Analisis Korelasi Pearson pula menunjukkan hubungan positif signifikan antara pengetahuan dan amalan hijau dengan r = 0.546, p = 0.00 (p<0.05). Selain itu, analisis min keseluruhan bagi langkah-langkah meningkatkan pengetahuan dan amalan hijau ialah pada tahap sederhana tinggi iaitu 3.57. Kesimpulannya, pengetahuan dan amalan hijau berada pada tahap yang sederhana dan belum memuaskan. Kajian ini memberi kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan pengetahuan ilmu hijau menyumbang kepada pembentukan amalan hijau yang baik dalam konsep kendiri individu.