Pemikiran Islah Dato’ Yusoff Zaky Yacob mengenai kesedaran Islam menerusi Majalah Pengasuh
Makalah ini membincangkan pemikiran islah Dato’ Yusoff Zaky Yacob mengenai kesedaran Islam menerusi majalah Pengasuh. Fokus utama adalah terhadap pemikiran Islah Dato’ Yusoff Zaky Yacob kepada masyarakat Melayu Kelantan. Pendedahan yang diterima oleh Dato’ Yusoff Zaky Yacob terhadap penulisan majala...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2024
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/23786/1/%5B3%20%E2%80%93%2015%5D%2075059-246737-1-SM.pdf http://journalarticle.ukm.my/23786/ http://ejournal.ukm.my/jatma/index |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Makalah ini membincangkan pemikiran islah Dato’ Yusoff Zaky Yacob mengenai kesedaran Islam menerusi majalah Pengasuh. Fokus utama adalah terhadap pemikiran Islah Dato’ Yusoff Zaky Yacob kepada masyarakat Melayu Kelantan. Pendedahan yang diterima oleh Dato’ Yusoff Zaky Yacob terhadap penulisan majalah Pengasuh yang ditulis oleh Tok Kenali dan Haji Abdullah Tahar telah membentuk suatu alternatif seni berfikir secara modernis mengikut fahaman Islam yang sebenar pada pertengahan abad ke-20. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif yang merangkumi pengumpulan dan analisis data daripada sumber primer yang diperoleh daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Negeri Kelantan (MAIK) seperti majalah Pengasuh. Selain itu, sumber sekunder turut digunakan seperti jurnal dan buku bagi mengukuhkan lagi kajian yang dijalankan. Data yang diperoleh dianalisis bagi mendapatkan maklumat yang sebenar berkenaan kajian yang dilakukan. Pengkaji menggunakan kaedah pendekatan sejarah dengan menggunakan kaedah tema supaya kajian lebih tersusun dan berbentuk analitikal. Hasil kajian ini mendapati bahawa Dato’ Yusoff Zaki Yacob mampu menterjemahkan bentuk pemikiran islah menerusi penulisan majalah Pengasuh dengan mengutamakan kepentingan terhadap menuntut ilmu agama dan pendidikan. Dato’ Yusoff Zaki Yacob berupaya memberikan kesedaran mengenai agama Islam dan kesedaran sosial kepada masyarakat Melayu di Kelantan menerusi majalah Pengasuh sebagai salah satu medium utama dalam membentuk pemikiran islah bersandarkan kepada fahaman Islam yang sebenar. |
---|