Peranan modal sosial dari sudut penglibatan komuniti ke arah pemeliharaan warisan di petempatan tradisional

Modal sosial merangkumi jaringan atau rangkaian, kepercayaan dan norma-norma yang wujud dalam perilaku yang dapat mendorong kemampuan dan kapabiliti untuk bekerjasama dikalangan komuniti. Teori atau konsep modal sosial bermula dengan andaian bahawa setiap individu dalam komuniti masyarakat mempunyai...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nur ‘Adilah Hassan, Nor Zalina Harun
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2024
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/23794/1/%5B100%20%E2%80%93%20109%5D%2075501-248189-1-SM.pdf
http://journalarticle.ukm.my/23794/
http://ejournal.ukm.my/jatma/index
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Modal sosial merangkumi jaringan atau rangkaian, kepercayaan dan norma-norma yang wujud dalam perilaku yang dapat mendorong kemampuan dan kapabiliti untuk bekerjasama dikalangan komuniti. Teori atau konsep modal sosial bermula dengan andaian bahawa setiap individu dalam komuniti masyarakat mempunyai peranan untuk mengatasi segala masalah yang timbul dikalangan mereka. Kebersamaan dan kerjasama yang baik dari segenap anggota komuniti diperlukan bagi mencapai kelestarian sosial. Namun demikian, analisa kajian lepas terhadap aspek modal sosial di peringkat tempatan masih berpotensi untuk diteroka dengan lebih lanjut terutama dalam konteks pemeliharaan petempatan tradisional. Subjek ini dilihat penting memandangkan perubahan fizikal petempatan tradisional yang diakibatkan oleh tekanan pembangunan seringkali menyumbang kepada impak yang negatif terhadap budaya dan persekitaran komuniti. Justeru, kajian ini bermatlamat untuk menilai tahap kecenderungan penglibatan komuniti tempatan terhadap usaha pemeliharaan warisan sebagai salah satu cabang memperkasa modal sosial di petempatan tradisional. Melalui pendekatan kuantitatif yang melibatkan seramai 195 responden, kajian ini bertindak mengenal pasti peranan dan penglibatan komuniti terhadap usaha pemeliharaan di 2 buah petempatan tradisional yang diancam pembangunan di Kuala Terengganu. Dapatan kajian menunjukkan bahawa komuniti tempatan menyedari kepentingan pemeliharaan warisan disamping menyatakan hasrat untuk menyebarkan ilmu keunikan dan kepentingan warisan fizikal petempatan mereka secara lebih meluas. Namun kajian turut mendapati bahawa ketidak telusan maklumat awal mengenai pembangunan di kedua petempatan tradisional merupakan cabaran utama yang mereka hadapi dalam memelihara warisan setempat. Kajian ini turut dilihat berpotensi menjadi rujukan kepada pelbagai pihak yang berhasrat melaksanakan program pemeliharaan warisan melibatkan komuniti setempat di samping dapat meningkatkan tahap ketelusan penyebaran maklumat supaya gambaran sebenar mengenai sesuatu pembangunan di petempatan mereka dapat diketahui dan difahami dengan sepenuhnya.