Rumah kedai bersejarah pekan lama Kimanis (1939 - 2021) kajian ke atas kemusnahan semula jadi
Kajian ini adalah mengenai bangunan rumah kedai bersejarah di Pekan Lama Kimanis yang telah musnah akibat faktor semula jadi iaitu angin ribut dan dimangkinkan lagi oleh faktor kemerosotan struktur bangunan yang tidak ada usaha pemuliharaan. Objektif kajian ialah menbincangkan faktor utama yan...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2024
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/23829/1/Arkeologi_37_1_1.pdf http://journalarticle.ukm.my/23829/ https://arkeologimalaysia.org.my/jurnalarkeologi/index.php/jurnalarkeologi/issue/view/46 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Kajian ini adalah mengenai bangunan rumah kedai bersejarah di Pekan Lama
Kimanis yang telah musnah akibat faktor semula jadi iaitu angin ribut dan
dimangkinkan lagi oleh faktor kemerosotan struktur bangunan yang tidak ada
usaha pemuliharaan. Objektif kajian ialah menbincangkan faktor utama yang
menyebabkan berlaku keruntuhan keseluruhan struktur bangunan kedai. Kaedah
kajian yang digunakan ialah kajian arkib untuk mendapatkan data berkaitan
dengan sejarah pembinaan dan kajian arkeologi lapangan untuk menilai tahap
kemerosotan struktur dan bahan binaan. Dapatan kajian ini ialah tahap
kemerosotan sturuktur bangunan berlaku kerana bahan binaannya yang mula
mereput, beban bahan binaan baru yang digunakan dalam pengubahsuaian tidak
mengikut jenis bahan asal dan tanpa pemantauan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
Daerah Papar. Ketidakstabilan struktur bangunan menyebabkan hentaman angin
dengan kekuatan Kategori 2 pada 12 Oktober 2021 meruntuhkan keseluruhan
bahagian bangunan dua tingkat kedai. Pada tahun 2022 keseluruhan rangka
runtuhan bangunan ini telah dilupuskan oleh PBT Daerah Papar. Kajian ini amat
penting sebagai penanda aras kepada kajian penilaian atau post-mortem jika
kemusnahan berlaku ke atas bangunan lain, khususnya di Sabah pada masa depan
dan kepentingan memulihara bangunan rumah kedai bersejarah lain yang masih
wujud. |
---|