Penelitian gaya bahasa perbandingan dalam Syair Dagang Adanya karya Sheikh Hamzah Fansuri
Kebanyakan kajian tentang kepenyairan Sheikh Hamzah Fansuri lebih tertumpu kepada aspek keagamaan dan ketuhanan, sementara aspek bahasa masih belum dilakukan oleh mana-mana sarjana terutama yang melibatkan manuskrip Syair Dagang sehingga menimbulkan kelompongan kajian yang ketara. Makalah ini...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2024
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/23864/1/Gema%20Online_24_2_9.pdf http://journalarticle.ukm.my/23864/ https://ejournal.ukm.my/gema/issue/view/1711 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Kebanyakan kajian tentang kepenyairan Sheikh Hamzah Fansuri lebih tertumpu kepada aspek
keagamaan dan ketuhanan, sementara aspek bahasa masih belum dilakukan oleh mana-mana
sarjana terutama yang melibatkan manuskrip Syair Dagang sehingga menimbulkan kelompongan
kajian yang ketara. Makalah ini mengetengahkan persoalan relevan seperti identifikasi gaya
bahasa, manipulasi bahasa tersebut dan keberkesanan yang terhasil daripada manipulasi
berkenaan. Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah kepustakaan dengan menggunakan metode
kajian analisis kandungan. Syair Dagang Adanya (MSS 3160) merujuk kepada tajuk manuskrip
yang digunakan dalam kajian ini, manakala perkataan “Syair Dagang” merupakan istilah umum
yang biasa digunakan oleh sarjana lepas yang merujuk kepada karya Sheikh Hamzah Fansuri.
Model Gaya Bahasa oleh Henry Guntur Tarigan digunakan sebagai kerangka analisis dengan
tumpuan terhadap gaya bahasa perbandingan yang terdiri daripada empat bentuk, iaitu; (1)
perumpamaan; (2) metafora; (3) personifikasi; dan (4) antisipasi. Gaya bahasa perbandingan
merujuk kepada kedudukan perbandingan dan juga keseimbangan dalam penghasilan puisi.
Analisis mendapati Sheikh Hamzah Fansuri memanfaatkan keempat-empat bentuk tersebut dalam
syairnya. Selain menggunakan perumpamaan sedia ada, beliau mencipta perumpamaan baharu
lantas memperkenalkan kelainan yang segar dan bertenaga, sekali gus menghasilkan makna
tambahan yang dihadirkan oleh kelainan tersebut. Metafora pula dimanipulasi dengan
menempatkan bahasa biasa dalam konteks baharu untuk membolehkan bahasa tersebut
menggugurkan makna lazimnya sejajar menyerap makna baharu, dengan itu memperluaskan
makna syairnya. Pemanfaatan personifikasi pula membolehkan objek untuk membikin makna membina suasana serta menyampaikan mesej selain memperluaskan cakupan syair untuk
meneroka isu-isu sensitif atau terlarang. Penerapan bentuk antisipasi pula mampu mendahului atau
menduga sesuatu untuk melebarkan jangkauan puisinya apabila gambaran realiti masa kini dan
masa depan dihadirkan secara serentak, di samping mengungkapkan mesej syairnya. Kajian
sistematik ini diharap dapat mencambahkan kajian-kajian sarjana tentang penggunaan gaya bahasa
perbandingan dalam Syair Dagang. |
---|