Tahap pengetahuan, kemahiran dan sikap guru bahasa melayu dalam melaksanakan pentaksiran bilik darjah di sekolah rendah

Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan pentaksiran yang berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Tujuan PBD dilaksanakan adalah untuk mendapatkan maklumat tentang perkembangan, kemajuan, kebolehan dan pencapaian murid terhadap kandungan pembelajaran. Sesungguhnya, pelaksanaan PBD...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nur Sabrina Aiman Mohd Rosszi, Nur Athirah Hamizah Yahya, Nor Farahin Abdul Manaf, Loo, Shu Jing
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2024
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/23881/1/JpBM_2.pdf
http://journalarticle.ukm.my/23881/
https://spaj.ukm.my/jpbm/index.php/jpbm/issue/view/88
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan pentaksiran yang berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Tujuan PBD dilaksanakan adalah untuk mendapatkan maklumat tentang perkembangan, kemajuan, kebolehan dan pencapaian murid terhadap kandungan pembelajaran. Sesungguhnya, pelaksanaan PBD memerlukan pertimbangan profesional guru untuk menjamin kesahan dan kebolehpercayaan data perkembangan penguasaan murid dalam pembelajaran. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan, kemahiran dan sikap guru Bahasa Melayu dalam melaksanakan PBD. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan dengan menggunakan soal selidik sebagai instrumen untuk mengumpul data kajian. Seramai 213 orang guru Bahasa Melayu dari 39 buah sekolah di daerah Sepang, Selangor dipilih sebagai responden. Data kajian ini dianalisis secara analisis deskriptif dan analisis inferensi. Dapatan kajian menunjukkan pengetahuan, kemahiran dan sikap guru Bahasa Melayu dalam melaksanakan PBD berada pada tahap yang tinggi. Selain itu, analisis ujian-t juga menunjukkan bahawa tiada perbezaan tahap pengetahuan dan sikap antara guru lelaki dan guru perempuan dalam melaksanakan PBD. Namun, terdapat perbezaan antara tahap kemahiran guru lelaki dan guru perempuan dalam melaksanakan PBD. Analisis korelasi Pearson pula menunjukkan bahawa tiada hubungan signifikan tahap pengetahuan dan sikap guru Bahasa Melayu melaksanakan PBD berdasarkan pengalaman mengajar. Namun, terdapat hubungan signifikan yang positif pada tahap kemahiran guru Bahasa Melayu melaksanakan PBD berdasarkan pengalaman mengajar.