Kesan teknologi terhadap perkembangan kelapa sawit di Tanah Melayu, 1917-1941
Artikel ini membincangkan penggunaan teknologi moden dalam penanaman kelapa sawit di Tanah Melayu pada era kolonial. Tumpuan diberikan terhadap kesan penggunaan teknologi pertanian dalam pembangunan industri sawit di Tanah Melayu. Hal ini kerana, dalam mengkaji kesan tersebut, ia membantu menilai ma...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2024
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/23896/1/WM%206.pdf http://journalarticle.ukm.my/23896/ https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/35 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Artikel ini membincangkan penggunaan teknologi moden dalam penanaman kelapa sawit di Tanah Melayu pada era kolonial. Tumpuan diberikan terhadap kesan penggunaan teknologi pertanian dalam pembangunan industri sawit di Tanah Melayu. Hal ini kerana, dalam mengkaji kesan tersebut, ia membantu menilai manfaat ekonomi dan cabaran yang berkaitan, di samping memberikan pandangan tentang potensi penciptaan pekerjaan, peningkatan daya saing, dan pertumbuhan ekonomi yang mampan. Semasa era kolonial, pelbagai kemajuan teknologi telah disepadukan ke dalam pelbagai jenis tanaman terutamanya kelapa sawit bagi memudahkan pengurusan sumber, pengumpulan data dan pelaksanaan kaedah yang menepati piawaian. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif yang mentafsir sumber primer berdasarkan hasil heuristik dokumen sejarah. Antaranya rekod Pejabat Kolonial bagi membuktikan jenis eksperimen dan bentuk rawatan tanaman yang digunakan dalam pembangunan tanaman sawit. Selain itu, laporan pegawai pertanian dan pegawai ekonomi kolonial turut ditafsir untuk membuktikan nilai produksi dalam bentuk ton bagi minyak sawit dan isirong sawit. Hasil kajian mendapati bahawa teknologi moden telah memberi impak positif dari segi peningkatan produktiviti, pengurangan kos, peningkatan kualiti, akses pasaran yang dipertingkatkan, penyelidikan dan pembangunan semuanya telah menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi serta kemampanan sektor minyak sawit. |
---|