Evolusi pancaran Sinar-X sagittarius A* antara Tahun 1999 dan 2019 berdasarkan pemerhatian observatori sinar-X Chandra
Kertas ini membentangkan pemerhatian Observatori Sinar-X Chandra terhadap Sagittarius A* (Sgr A*) yang diambil sepanjang dua dekad pertama operasi observatori tersebut antara tahun 1999 dan 2019. Spektrum sinar-X bagi 143 pemerhatian dianalisis untuk mengkaji evolusi sinar-X Sgr A* sepanjang 20 tahu...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2024
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/23924/1/SE%2013.pdf http://journalarticle.ukm.my/23924/ https://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol53num4_2024/contentsVol53num4_2024.html |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Kertas ini membentangkan pemerhatian Observatori Sinar-X Chandra terhadap Sagittarius A* (Sgr A*) yang diambil sepanjang dua dekad pertama operasi observatori tersebut antara tahun 1999 dan 2019. Spektrum sinar-X bagi 143 pemerhatian dianalisis untuk mengkaji evolusi sinar-X Sgr A* sepanjang 20 tahun melalui ciri utamanya, iaitu kecerahan (luminositi), ketumpatan gas dan debu (NH) dan indeks foton (Γ). Secara amnya, Sgr A* berada dalam keadaan stabil sepanjang tempoh pemerhatian, dengan purata luminositi sinar-X intrinsik dalam julat tenaga 2 – 8 keV iaitu, L2–8 keV, int, kes = (3.69 ± 4.25) × 1033 erg s–1. Nilai ini tekal dengan purata luminositi sinar-X cerapan dalam jangka masa yang sama, L2–8 keV, int, kes = (2.24 ± 2.12) × 1033 erg s–1. Walau bagaimanapun, terdapat tujuh pemerhatian (∼5%) yang mempunyai luminositi intrinsik melebihi nilai purata yang dianggarkan. Nilai NH dan Γ yang diukur bagi kesemua pemerhatian dilihat tekal sepanjang tempoh kajian dengan nilai purata, NH ukur = 0.90 ± 0.35 × 1023 cm–2 dan Γ ukur =1.90 ± 0.68. Ini mencadangkan bahawa kebolehubahan dalam luminositi yang diperhatikan bukan disebabkan oleh pengaburan atau perubahan besar dalam kadar penokokan. Selain itu, kajian ini juga mengukur luminositi sinar-X tertinggi bagi Sgr A*, L2–8 keV, int, kes = 33.84 .84−0.37 +0.46 2.40−0.36 +0.52 × 1034 erg s–1, yang berlaku pada 14 September 2013. Keputusan ini sejajar dengan suar yang paling terang pernah dikesan dalam kajian terdahulu. Ini diikuti dengan pemerhatian pada 19 Ogos 2019 dengan luminositi, L2–8 keV, int = 2.40 3.84−0.37 +0.46 2.40−0.36 +0.52 × 1034 erg s–1. Kajian ini memberikan gambaran menyeluruh terhadap evolusi pancaran Sgr A* selama dua dekad pertama pengoperasian Chandra dan meningkatkan lagi pemahaman terhadap lohong hitam ini. |
---|