Keberadaan monumen kedaulatan dan tapak bernilai sejarah di Pulau Layang Layang, dalam Gugusan Semarang Peninjau Malaysia di Laut China Selatan
Territorialisasi melalui pembangunan di kepulauan Spratly telah direntis oleh Malaysia lebih empat dekad lalu. Seawal tahun 1975, pendirian monumen kedaulatan telah dilakukan sebagai tanda pemilikan fitur-fitur marin milik Malaysia di Pulau Layang Layang (PLL) dan 4 buah terumbu dalam Gugusan Semara...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2024
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/23975/1/4-Baszley%2BBee%2BBasrah%2BBee%2043-60.pdf http://journalarticle.ukm.my/23975/ https://spaj.ukm.my/ajehh/index.php/ajehh/index |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Territorialisasi melalui pembangunan di kepulauan Spratly telah direntis oleh Malaysia lebih empat dekad lalu. Seawal tahun 1975, pendirian monumen kedaulatan telah dilakukan sebagai tanda pemilikan fitur-fitur marin milik Malaysia di Pulau Layang Layang (PLL) dan 4 buah terumbu dalam Gugusan Semarang Peninjau (GSP), bahagian selatan perairan kepulauan Spratly. Jumlah ini tidak termasuk di Pulau Kecil Amboyna dan terumbu Laksmana yang dicerobohi oleh Vietnam dan Filipina. Kesemua fitur ini telah mengalami kesusutan tanpa ada usaha pemeliharaan atau dimusnahkan oleh Vietnam dan Filipina. Hanya terdapat 3 buah monumen kedaulatan yang masih tinggal dan salah satunya berada di PLL yang merupakan stesyen utama kepada 4 stesyen lain di GSP. Atas persoalan kajian bahawa dalam isu tuntutan pemilikan dan pendudukan berkesan sesebuah negara terhadap pertikaian kawasan bertindih, penggunaan bukti arkeologi, sejarah dan sumber warisan budaya adalah elemen penting dalam menguatkan tuntutan pemilikan. Objektif kajian ini ialah untuk menjelaskan fungsi dalam konteks territorialisasi di LCS dan menilai potensi monumen kedaulatan serta tapak bersejarah di PLL sebagai manifestasi fizikal kepada pendudukan berkesan Malaysia. Metodologi kajian yang digunakan ialah tinjauan arkeologi lapangan dan analisis potensi Warisan Kebangsaan berdasarkan peruntukan Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645), Seksyen 67, Subseksyen 2. Dapatan kajian medapati monumen kedaulatan, runtuhan Wisma KD Kaki Langit dan stela perasmian Stesyen Lima mempunyai potensi yang mencukupi untuk disenaraikan sebagai Warisan Kebangsaan oleh Jabatan Warisan Negara. |
---|