Pendigitalan maklumat kebudayaan megalitik berasaskan web memperkaya sumber maklumat digital
Pendigitalan maklumat kebudayaan megalitik adalah penting selaras perkembangan teknologi demi mencegah kehilangan maklumat dan kerosakan dokumen. Dengan impak pembangunan pesat yang berlaku pada masa kini dilihat bakal mengorbankan beberapa kawasan dan penempatan megalit yang sedia ada. Tambahan pul...
Saved in:
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2024
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/23976/1/5-Sri%2BYanti%2BMahadzir%2061-77.pdf http://journalarticle.ukm.my/23976/ https://spaj.ukm.my/ajehh/index.php/ajehh/index |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Pendigitalan maklumat kebudayaan megalitik adalah penting selaras perkembangan teknologi demi mencegah kehilangan maklumat dan kerosakan dokumen. Dengan impak pembangunan pesat yang berlaku pada masa kini dilihat bakal mengorbankan beberapa kawasan dan penempatan megalit yang sedia ada. Tambahan pula dengan kurangnya pendedahan masyarakat terhadap khazanah yang berharga ini menyebabkan informasi tentang tradisi dan kebudayaan ini kurang tersebar dalam kalangan masyarakat dan akhirnya memudarkan kelestariannya. Hal ini menandakan bahawa perlunya satu usaha yang bukan sahaja mendokumentasi, malah mempamerkannya dengan menggunakan pendekatan semasa kepada masyarakat hari ini tentang tinggalan warisan budaya yang terdapat di negara ini. Justeru, kajian ini mengambil inisiatif untuk membangunkan sebuah aplikasi digital berasaskan web yang dapat dicapai secara langsung oleh pengguna dengan mudah dan pantas. Visualisasi Maklumat Kebudayaan Megalitik Negeri Sembilan dibangunkan menggunakan pendekatan Rapid Application Development (RAD). Pembangunan melibatkan 4 fasa utama, iaitu perancangan keperluan, pembangunan reka bentuk, pengujian dan pelaksanaan. Model RAD dipilih dalam kajian ini sebagai panduan bagi memastikan proses reka bentuk dan pembangunan adalah sistematik dan terarah serta bersesuaian dengan tempoh masa yang ditetapkan. Dengan penerapan penemuan data terkini melalui perkongsian maklumat, aplikasi web yang dibangunkan mampu menjadi platform dan input kepada pengembangan penyelidikan melalui analisis dan perspektif baru oleh pencinta warisan budaya dan pengkaji pada masa akan datang. Diharap aplikasi web yang dibangunkan mampu menyokong dalam menyampai dan menyebarkan maklumat kebudayaan megalit di Negeri Sembilan kepada khalayak ramai seiring dengan dokongan terhadap Matlamat Pembangunan Lestari dalam usaha memartabatkan tinggalan warisan budaya negara ini di mata dunia. |
---|