Analisis penerokaan faktor ketidakupayaan pemilikan kediaman mampu milik dan pemprofilan pembeli berkemampuan

Kediaman selesa adalah keperluan asas bagi setiap individu di seluruh dunia termasuk di Malaysia. Ia merupakan matlamat utama yang menggambarkan kejayaan sesebuah negara dari aspek penerimaan sosial dan pertumbuhan ekonomi. Jelas menunjukan golongan berpendapatan rendah dan sederhana juga mengimpika...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Sathees Balachandru, Ahmad Firdhaus Arham, Muhammad Firdaus Aziz, Jamsari Alias, Nurul Hanis Aminuddin Jafry, Ahmad Fadhly Arham, Nor Sabrena Norizan, Ainoriza Mohd Aini
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2023
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/24077/1/pp_2.pdf
http://journalarticle.ukm.my/24077/
https://www.ukm.my/personalia/publication-category/volume-26-number-2-december-2023/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Kediaman selesa adalah keperluan asas bagi setiap individu di seluruh dunia termasuk di Malaysia. Ia merupakan matlamat utama yang menggambarkan kejayaan sesebuah negara dari aspek penerimaan sosial dan pertumbuhan ekonomi. Jelas menunjukan golongan berpendapatan rendah dan sederhana juga mengimpikan sebuah kediaman yang mampu dimiliki. Oleh itu, Semua golongan individu yang mempunyai pendapatan yang berbeza telah diteliti dalam kajian ini untuk mengenalpasti faktor-faktor ketidakupayaan pemilikan kediaman mampu milik di Malaysia. Objektif kajian ini bertujuan untuk mengetahui apa yang menyebabkan rakyat Malaysia sukar untuk membeli sebuah kediaman. Metodologi dalam kajian ini adalah dengan meneliti beberapa kajian lepas dengan menggunakan pendekatan penerokaan. Matlamatnya adalah untuk mengetahui faktor-faktor yang menyebabkan rakyat Malaysia tidak berupaya untuk memiliki kediaman sendiri. Dapatan kajian ini mendedahkan bahawa terdapat empat faktor yang menyukarkan rakyat Malaysia untuk membeli rumah mampu milik: (1) harga rumah yang tinggi dengan pendapatan isi rumah yang rendah; (2) kualiti dan pembinaan rumah mampu milik yang tidak konsisten; (3) kurang pilihan untuk pembiayaan kediaman; dan (4) lokasi perumahan yang tidak sesuai untuk didiami. Kajian ini juga menambah kefahaman terhadap faktor-faktor ketidakupayaan pemilikan rumah mampu milik yang perlu diambil berat di Malaysia supaya pihak berkepentingan boleh menggunakannya sebagai panduan.