Evolusi perolehan awam di Malaysia dari Era Kolonial British sehingga pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru

Artikel ini merupakan satu analisis terhadap evolusi dan perubahan yang berlaku dalam perolehan awam di Malaysia dari dua era iaitu era kolonialisme British dan era pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Objektif yang disasarkan adalah untuk mengupas perubahan yang berlaku dalam perolehan awam dalam...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Muhammad Firdaus Azizan, Sity Daud, Jamaie Hamil
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2024
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/24080/1/156-178%2075630-248603-2-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/24080/
https://ejournal.ukm.my/jebat/index
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Artikel ini merupakan satu analisis terhadap evolusi dan perubahan yang berlaku dalam perolehan awam di Malaysia dari dua era iaitu era kolonialisme British dan era pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Objektif yang disasarkan adalah untuk mengupas perubahan yang berlaku dalam perolehan awam dalam tempoh berkenaan, menganalisis sebab dan faktor mengapa perubahan tersebut berlaku dan seterusnya impak yang ditinggalkan. Hal ini penting kerana dasar perolehan awam dalam dua tempoh tersebut telah menjadi asas kepada apa yang wujud dalam sistem perolehan kerajaan yang berjalan pada hari ini. Faktor politik dan halatuju pemerintah didapati memainkan peranan dalam mencorakkan bentuk perolehan awam pada kedua-dua era berkenaan dan ia dilegitimasikan secara sistematik. British telah menjadikan perbelanjaan awam berjalan mengikut acuan dan telunjuk mereka walaupun sultan masih menjadi pemerintah tertinggi di sesebuah negeri. Melalui terma “menasihatkan” berbanding “mengarahkan” dalam menguruskan pentadbiran, British menubuhkan Majlis Mesyuarat Persekutuan sebagai alat kawalan yang sah untuk mengawal dan menguasai pentadbiran kewangan di negeri-negeri jajahan mereka. Pengurusan perolehan pada era penjajahan dijalankan oleh crown agent yang memainkan peranan mewakili pemerintah tertinggi British di London. Peranan crown agent ini menjadi dominan dan ia berterusan sehingga selepas Tanah Melayu mendapat kemerdekaan. DEB yang dilancarkan pada 1971 menyaksikan transisi penting di mana wujud peranan kerajaan yang diwakili anak tempatan secara jelas dengan terlibat lebih aktif dalam agenda pembangunan negara melalui perolehan awam. Ini berlaku melalui pelaksanaan dasar afirmatif dalam bentuk perundangan, kerangka birokrasi dan sistem kuota. Hal ini telah memberi kesan kepada dasar perolehan awam negara sehingga kini.