Tema dakwah dalam galeri Muzium Pahang

Berdasarkan kajian Sirah Nabawiyah dan kajian ke atas pendakwah silam dan kontemporari, didapati medium penyampaian dakwah yang digunakan adalah bersifat dinamik; boleh berubah atau dipelbagaikan melalui penciptaan kaedah baharu yang sesuai dengan keperluan semasa. Di Alam Melayu umpamanya, Wal...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Azman Yusof, Rahimin Affandi Abdul Rahim, Siti Maimunah Hj Kahal
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2024
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/24095/1/Al%20Hikmah_16_1_2.pdf
http://journalarticle.ukm.my/24095/
https://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/issue/view/34
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Berdasarkan kajian Sirah Nabawiyah dan kajian ke atas pendakwah silam dan kontemporari, didapati medium penyampaian dakwah yang digunakan adalah bersifat dinamik; boleh berubah atau dipelbagaikan melalui penciptaan kaedah baharu yang sesuai dengan keperluan semasa. Di Alam Melayu umpamanya, Wali Songo telah mencipta wayang kulit sebagai medium dakwah. Begitu juga dengan Nahdatul Ulama, mereka menggubah dan mendendangkan lagu-lagu bertemakan ketuhanan yang menjadi siulan para pendengar. Ia tidak terhad kepada kaedah ceramah atau khutbah semata-mata. Dewasa ini, perkembangan pesat institusi muzium sebagai institusi terpenting yang memainkan peranan mengumpul, menjaga, merawat serta mempamerkan warisan ketara (tangible) dan tak ketara (intangible) sejarah sesuatu bangsa.turut membuka peluang sebagai salah satu medium penyampaian dakwah Islamiah yang berkesan. Justeru, kajian ini akan menumpukan perhatian pada tema dakwah yang diusahakan oleh institusi Muzium Pahang. Dalam menyiapkan kajian ini, kaedah analisis deskriptif-kritikal telah digunakan yang mana penyelidik meneliti dan menganalisis dokumen pensejarahan yang terdapat pada Galeri Kehambaan di Muzium Pahang. Hasil kajian ini mendapati :1) Muzium mampu menjalankan misi dakwah melalui pedagogi pameran galeri artifak sebagai suplimentari kepada pendidikan di sekolah, 2) Galeri Kehambaan menekankan beberapa tema dakwah khusus iaitu; a) kaitan antara tiga ilmu Islam iaitu Syariah, Usuluddin dan Tasawuf; b) hubungan simbiosis antara ilmu, kekuasaan dan jihad; dan c) manfaat asma’ Allah al-husna dalam hidup manusia. Melalui penemuan ini, ia membuktikan bahawa muzium telah memainkan peranan sebagai medium dakwah yang berkesan dan telah dibuktikan oleh Muzium Pahang.