Aktiviti antibakteria lactiplantibacillus sp. SUK1-terbitan susu manusia dan produk bakteriosin separatulen terhadap porphyromonas gingivalis

Penemuan probiotik daripada susu badan manusia dapat memberi manfaat dalam mengurangkan kebolehjangkitan P. gingivalis. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti potensi Lactiplantibacillus sp. yang dipencil daripada susu badan manusia untuk mengurangkan kebolehjangkitan P. gingivalis seterusnya me...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Zaleha Shafiei, Noraziah Mohamad Zin, Nur Dini Muhamad Adli, Fatin Nur Mazida Salwa Mazlan, Mohd Nizam Lani, Zamirah Zainal Abidin
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2024
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/24125/1/SME%2011.pdf
http://journalarticle.ukm.my/24125/
https://ejournal.ukm.my/3l/issue/view/1668
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Penemuan probiotik daripada susu badan manusia dapat memberi manfaat dalam mengurangkan kebolehjangkitan P. gingivalis. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti potensi Lactiplantibacillus sp. yang dipencil daripada susu badan manusia untuk mengurangkan kebolehjangkitan P. gingivalis seterusnya mencirikan Lactiplantibacillus sp. yang paling berpotensi mempunyai aktiviti antibakteria. Sepuluh koloni spesies Lactiplantibacillus dengan ciri Gram-positif berbentuk bacillus, katalase negatif dan oksidase negatif dikenal pasti, namun hanya tiga koloni telah dipilih yang dikenali sebagai Lactiplantibacillus sp. SUK1, SUK2, SUK3 dan diuji aktiviti antibakteria terhadap P. gingivalis. Larutan kultur sel Lactiplantibacillus sp. SUK1 menunjukkan aktiviti perencatan yang kuat pada ujian Spot Lawn (29.33 ± 1.16 mm) dan difusi telaga agar (51.33 ± 4.73 mm), tetapi tiada aktiviti dalam ujian difusi telaga agar yang menggunakan supernatan tanpa sel yang dineutralkan dan yang tidak dineutralkan. Walau bagaimanapun, supernatan tanpa sel yang dipekatkan menunjukkan zon perencatan (13.0 ± 0.07 mm). Bakteriosin separa tulennya yang diektrak daripada pemendakan ammnonia sulfat (80%) telah merencat P. gingivalis secara berkesan, dengan pertumbuhan terendah sebanyak 40.3% pada kepekatan bakteriosin 0.8%. Analisis penjujukan 16S rRNA mencirikan Lactiplantibacillus sp. SUK1 sebagai Lactiplantibacillus pentosus strain 124-2 dengan 99.87% persamaan. Lactiplantibacillus sp. SUK1 yang dipencil daripada susu badan manusia mempunyai ciri probiotik dengan merencat pertumbuhan P. gingivalis dan bakteriosinnya dapat digunakan sebagai bahan alternatif dalam produk penjagaan kebersihan mulut bagi mencegah dan merawat penyakit periodontium.