Penggunaan teknologi pertanian dan kesejahteraan ekonomi pekebun kecil industri kelapa sawit

Penggunaan teknologi dalam pertanian kelapa sawit meningkatkan pengeluaran minyak sawit. Walaupun penggunaan teknologi dalam pertanian sangat signifikan, kebanyakan pekebun kecil enggan beralih kepada teknologi baharu serta teragak-agak untuk melabur dalam teknologi baharu. Hal ini menjejaskan j...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Norfaizah Othman, Mariani Abdul-Majid, Suhaila Nadzri, Siti Aisyah Zahari
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2024
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/24266/1/Akademika_94_2_4.pdf
http://journalarticle.ukm.my/24266/
https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1725
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Penggunaan teknologi dalam pertanian kelapa sawit meningkatkan pengeluaran minyak sawit. Walaupun penggunaan teknologi dalam pertanian sangat signifikan, kebanyakan pekebun kecil enggan beralih kepada teknologi baharu serta teragak-agak untuk melabur dalam teknologi baharu. Hal ini menjejaskan jumlah pengeluaran, produktiviti dan pendapatan pekebun kecil. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti amalan semasa pekebun kecil dan penggunaan teknologi pertanian dalam kehidupan. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan melaksanakan temu bual separa berstruktur dalam kalangan pekebun kecil di Selangor. Teori domestikasi digunakan sebagai garis panduan pembangunan rangka kerja konseptual dan sebagai panduan untuk wawancara separa berstruktur. Data temu bual dianalisa dan analisis tematik telah digunakan bagi mengeluarkan tema-tema yang bersesuaian dengan objektif kajian. Penemuan menunjukkan kebanyakan pekebun kecil telah menggabungkan teknologi pertanian dalam kehidupan seharian mereka terutama dalam aktiviti pembajaan, pembenihan dan penuaian. Penemuan ini mampu memperluaskan pengetahuan penyelidik berkenaan dengan pengadaptasian teknologi pertanian melalui fasa teori domestikasi. Oleh itu, kajian ini memberikan implikasi penting kepada pekebun kecil untuk meningkatkan kesejahteraan ekonomi mereka dengan penggunaan teknologi pertanian dalam aktiviti pengurusan pertanian seperti penanaman, pembenihan, pembajaan, aplikasi racun herba dan penuaian. Kejayaan penggunaan teknologi pertanian dalam kalangan pekebun kecil akan membolehkan mereka melaksanakan aktiviti harian mereka sebagai petani dan seterusnya meningkatkan kesejahteraan ekonomi dalam jangka masa panjang.