Penentu prestasi PKS dalam industri herba halal: cadangan rangka kerja teori
Masyarakat Melayu-Bumiputera memegang peranan penting sebagai populasi penduduk terbesar di Malaysia, khususnya dalam sektor perusahaan tradisional. Dalam usaha untuk memperluaskan pengaruh ke peringkat antarabangsa, setiap perniagaan dalam komuniti ini perlu memiliki kemampuan untuk menguruskan...
Saved in:
Main Authors: | , , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2024
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/24273/1/Akademika_94_2_11.pdf http://journalarticle.ukm.my/24273/ https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1725 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Masyarakat Melayu-Bumiputera memegang peranan penting sebagai populasi penduduk terbesar di Malaysia,
khususnya dalam sektor perusahaan tradisional. Dalam usaha untuk memperluaskan pengaruh ke peringkat
antarabangsa, setiap perniagaan dalam komuniti ini perlu memiliki kemampuan untuk menguruskan segala aspek
rantaian bekalan mereka. Untuk mencapai matlamat ini, pihak kerajaan telah melaksanakan pelbagai program dan
pakej ekonomi yang bertujuan untuk meningkatkan pengurusan rantaian bekalan industri. Langkah-langkah ini tidak
hanya bertujuan untuk meningkatkan daya saing perniagaan tempatan di pasaran antarabangsa, malah turut
mengukuhkan peranan masyarakat Melayu-Bumiputera Islam dalam arena ekonomi global. Malangnya, wabak
COVID-19 yang melanda dunia baru-baru ini dan peperangan di antara Rusia dan Ukraine telah mengganggu
pembangunan ekonomi negara termasuklah pakej ekonomi ini. Bagi meningkatkan proses pengantarabangsaan dan
prestasi ekonomi Melayu-Bumiputera dalam industri Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), kerajaan masa kini
mestilah memperkenalkan pelan rancangan atau pakej bantuan ekonomi baharu yang mampu merangsang ekonomi
dan menyelesaikan isu yang timbul dalam persekitaran pasca-pandemik. Berdasarkan teori Pandangan Berasaskan
Sumber (RBV), perbahasan dalam makalah ini menghubung kait pakej rangsangan ekonomi, rantaian bekalan,
pengantarabangsaan dan prestasi ekonomi dalam industri PKS herba halal Melayu-Bumiputera. Rangka kerja ini
mencadangkan agar tindakan segera perlu diambil untuk memperkenalkan langkah intervensi baharu bagi membantu
industri ini kembali pulih pasca pandemik COVID-19. Ia juga dapat digunakan dalam penyelidikan akan datang bagi
menilai kesan pelbagai bantuan kerajaan terhadap pengantarabangsaan dan prestasi industri herba halal Melayu
Bumiputera dalam era pasca-pandemik. |
---|