Hubungan antara penghargaan imej badan, kesejahteraan psikologi dan tingkah laku kecelaruan pemakanan dalam kalangan pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Perkembangan media sosial dan internet telah mengubah definisi kecantikan, mewujudkan tekanan untuk menjadi cantik dan menyebabkan peningkatan isu tingkah laku kecelaruan pemakanan seperti anoreksia nervosa, bulimia nervosa dan binge eating disorder. Kajian ini bertujuan untuk melihat hubungan antar...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2024
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/24286/1/165_176%20706982553031PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/24286/ http://ejournal.ukm.my/ebangi/index |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Perkembangan media sosial dan internet telah mengubah definisi kecantikan, mewujudkan tekanan untuk menjadi cantik dan menyebabkan peningkatan isu tingkah laku kecelaruan pemakanan seperti anoreksia nervosa, bulimia nervosa dan binge eating disorder. Kajian ini bertujuan untuk melihat hubungan antara tahap penghargaan imej badan, kesejahteraan psikologi dengan tingkah laku kecelaruan pemakanan dalam kalangan mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Kajian kuantitatif yang menggunakan kaedah survei ini mengadaptasikan pensampelan kebarangkalian rawak mudah bagi memperoleh 388 orang mahasiswa UKM yang terdiri daripada 127 mahasiswa lelaki dan 261 mahasiswa perempuan. Instrumen yang digunakan termasuk Body Appreciation Scale-2 (BAS-2) untuk mengukur penghargaan imej badan, Psychological Well-being Scale (PWBS) untuk mengukur kesejahteraan psikologi dan Eating Disorder Examination Questionnaire 6.0 (EDE-Q 6.0) untuk mengukur tingkah laku kecelaruan pemakanan. Hasil kajian mendapati penghargaan imej badan dan kesejahteraan psikologi mempunyai hubungan negatif yang signifikan dengan tingkah laku kecelaruan pemakanan. Sehubungan itu, kajian ini penting bagi institusi pendidikan dan pihak Kerajaan kerana ia menyediakan dapatan empirikal mengenai masalah imej badan dalam kalangan mahasiswa. Penemuan ini boleh digunakan untuk membangunkan intervensi bagi meningkatkan penerimaan imej badan dan mengurangkan tingkah laku kecelaruan pemakanan. Selain itu, pihak-pihak berkepentingan seperti perkhidmatan kaunseling universiti dan pembuat dasar boleh menggunakan hasil kajian ini untuk melaksanakan program dan dasar yang lebih berkesan dalam menyokong kesihatan mental dan kesejahteraan mahasiswa. |
---|