Intervensi pendekatan spiritual untuk kemurungan pelajar: kajian literatur sistematik
Kajian ini bertujuan untuk meneliti sorotan kajian intervensi pendekatan spiritual dalam kemurungan. Kemurungan yang dialami oleh pelajar boleh menjejaskan kefungsian manusia, tingkah laku, emosi dan pemikiran. Pelajar perlu diberikan pengetahuan untuk merawat kemurungan menerusi intervensi pend...
Saved in:
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2024
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/24296/1/Akademika_94_2_25.pdf http://journalarticle.ukm.my/24296/ https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1725 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk meneliti sorotan kajian intervensi pendekatan spiritual dalam kemurungan. Kemurungan
yang dialami oleh pelajar boleh menjejaskan kefungsian manusia, tingkah laku, emosi dan pemikiran. Pelajar perlu
diberikan pengetahuan untuk merawat kemurungan menerusi intervensi pendekatan spiritual bagi memperoleh
ketenangan dan mencapai kebahagian hidup. Sehubungan itu, artikel ini telah melakukan tinjauan literatur sistematik
terhadap intervensi pendekatan spiritual untuk kemurungan pelajar yang digunakan dalam kalangan pengkaji. Satu
kajian sistematik literatur telah dijalankan untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan tajuk yang hendak
dikaji dengan menggunakan pangkalan data dalam talian seperti Web Of Science (WOS) dan Scopus bagi tempoh
2018 hingga 2023. Terdapat beberapa kata kunci digunakan iaitu spirit* OR religiou* OR believ*, student OR
teenager OR youth dan depres* OR sad* OR hopeless* untuk mencari kajian yang berkaitan dengan enjin carian
dalam talian. Berikutan tinjauan abstrak dan penghapusan tajuk yang sama, 29 kajian yang memenuhi syarat
penyelidikan dipilih untuk dianalisis. Kajian yang dicari hanya berkaitan isu kesihatan mental yang meliputi
kemurungan. Model PRISMA digunakan sebagai panduan dalam pencarian bahan literatur. Dapatan melalui hasil
penelitian dalam artikel ini menunjukkan bahawa penggunaan intervensi pendekatan spiritual lebih tertumpu kepada
dua pengkategorian subtema iaitu penggunaan diinstitusi dan semasa Pandemik Covid 19. Manakala, dari sudut
intervensi pendekatan spiritual kemurungan pelajar pula, didapati bahawa pendekatan spiritual boleh dibincangkan
dalam peranan pendekatan spiritual dalam merawat kemurungan. Dapatan kajian menunjukkan pendekatan spiritual
dan kerohanian digunakan sebagai intervensi alternatif ketika pelajar berhadapan dengan cabaran kemurungan. |
---|