Kesan kemurahan hati dan sokongan sosial terhadap kebahagiaan individu berpendapatan tinggi (T20) di Kuala Lumpur, Malaysia

Teori Easterlin Paradox mencadangkan bahawa individu berpendapatan tinggi cenderung untuk tidak menjadi lebih bahagia apabila pendapatan mereka meningkat. Jika keadaan berlaku dalam kalangan rakyat Malaysia yang berpendapatan tinggi, maka apakah faktor bukan material lain yang boleh membahagiakan me...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Nor Hafizuddin Kinainah, Nik Ahmad Sufian Burhan, Mohd Roslan Rosnon
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2024
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/24317/1/329_346%20753662552971PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/24317/
http://ejournal.ukm.my/ebangi/index
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Teori Easterlin Paradox mencadangkan bahawa individu berpendapatan tinggi cenderung untuk tidak menjadi lebih bahagia apabila pendapatan mereka meningkat. Jika keadaan berlaku dalam kalangan rakyat Malaysia yang berpendapatan tinggi, maka apakah faktor bukan material lain yang boleh membahagiakan mereka? Kajian ini mengadaptasi model kajian daripada Laporan Kebahagiaan Dunia (WHR) untuk meneliti kesan kemurahan hati dan sokongan sosial terhadap kebahagiaan 393 individu daripada isi rumah berpendapatan tinggi (T20) di Kuala Lumpur, Malaysia. Data dikumpul menggunakan teknik pensampelan mudah homogen dan dianalisis menggunakan teknik regresi berganda. Keputusan analisis regresi berganda (R2=57.6%) menunjukkan bahawa peningkatan pendapatan daripada T1 kepada T2 tidak mempunyai kesan yang signifikan terhadap kebahagiaan, namun kemurahan hati dan sokongan sosial mempunyai kesan positif yang signifikan dalam meningkatkan kebahagiaan individu T20. Walau bagaimanapun, kesan kemurahan hati (β=0.115; p<0.01) adalah lebih besar dan signifikan berbanding sokongan sosial (β=0.085; p<0.05) dalam meningkatkan kebahagiaan. Memandangkan peningkatan pendapatan tidak signifikan dalam meningkatkan kebahagiaan individu T20, kajian ini mencadangkan bahawa sebarang usaha untuk membangunkan strategi yang membina interaksi sosial yang utuh di kalangan ahli komuniti adalah penting. Ini bertujuan untuk memupuk individu masyarakat yang saling memberi sokongan sosial dan lebih bermurah hati kepada golongan yang memerlukan. Mekanisme ini dapat meningkatkan modal sosial dalam masyarakat dan seterusnya menyumbang kepada kebahagiaan.