Kegiatan sosioekonomi Orang Asli Seletar di Kampung Bakar Batu, Johor Bahru

Orang asli (OA) Seletar merupakan salah satu kumpulan OA yang berada di bawah kategori Melayu-Proto bersama suku-suku lain seperti Temuan, Semelai, Jakun, Kanaq dan Kuala. OA Seletar turut diiktiraf sebagai salah satu komuniti orang laut bersama-sama dengan OA Kuala memandangkan keseluruhan kehidupa...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Syamil Imran Shamsir, Mashrom Muda, Zamre Abu Hassan
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2024
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/24319/1/376_391%20756922555041PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/24319/
http://ejournal.ukm.my/ebangi/index
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Orang asli (OA) Seletar merupakan salah satu kumpulan OA yang berada di bawah kategori Melayu-Proto bersama suku-suku lain seperti Temuan, Semelai, Jakun, Kanaq dan Kuala. OA Seletar turut diiktiraf sebagai salah satu komuniti orang laut bersama-sama dengan OA Kuala memandangkan keseluruhan kehidupan mereka bergantung kepada dunia laut. Pemahaman OA Seletar terhadap dunia laut sememangnya berbeza dengan orang kebanyakan kerana laut merupakan tempat mereka mencari rezeki dan menyara keluarga. Oleh sebab itu, majoriti OA Seletar telah menjadikan pekerjaan nelayan bagi mendapatkan hasil pendapatan untuk menjamin kelangsungan hidup. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kegiatan sosioekonomi yang dilakukan oleh masyarakat OA Seletar di Kampung Bakar Batu, Johor Bahru. Kajian ini telah menggunakan pendekatan kualitatif seperti kaedah temu bual secara mendalam, pemerhatian turut serta dan kaedah kepustakaan. Seramai lima orang informan telah ditemu bual bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan. Pemerhatian turut serta juga telah dilakukan bagi mendapatkan bahan bukti untuk menyokong maklumat yang diperolehi semasa sesi temu bual. Hasil daripada kajian mendapati bahawa masyarakat OA Seletar di Kampung Bakar Batu telah menjalankan dua kegiatan sosioekonomi yang utama iaitu nelayan tradisional dan penjualan umpan pancing. Walau bagaimanapun, kedua-dua kegiatan sosioekonomi ini turut mendatangkan cabaran kepada komuniti OA Seletar akibat daripada kerja-kerja pembangunan yang dijalankan berhampiran dengan kawasan penempatan mereka. Kajian ini secara tidak langsung penting bagi mendokumentasikan tentang kegigihan komuniti OA Seletar dalam menjalankan kegiatan sosioekonomi untuk meningkatkan taraf hidup serta taraf ekonomi mereka.