Pendekatan penghasilan membran polimer dengan penggunaan semula sisa plastik polistiren untuk rawatan air sisa
Penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji potensi penggunaan semula sisa plastik polistirena (PS) dalam sintesis membran polimer untuk aplikasi rawatan air sisa. Penyelidikan ini dipicu oleh kebimbangan global mengenai pencemaran plastik dan keperluan untuk mencari alternatif yang lebih mampan dalam...
Saved in:
Main Authors: | , , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2024
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/24373/1/SL%2023.pdf http://journalarticle.ukm.my/24373/ https://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol53num8_2024/contentsVol53num8_2024.html |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji potensi penggunaan semula sisa plastik polistirena (PS) dalam sintesis membran polimer untuk aplikasi rawatan air sisa. Penyelidikan ini dipicu oleh kebimbangan global mengenai pencemaran plastik dan keperluan untuk mencari alternatif yang lebih mampan dalam pengelolaan sisa plastik. Dengan menggabungkan PS dengan nanozarah TiO2 , penyelidikan ini mengkaji pengaruh jenis pelarut (N-metil-2-pirrolidona (NMP) dan N,N-dimetilasetamida (DMAc)) serta kepekatan TiO2 (0.025-0.100 g/L) terhadap sifat dan prestasi membran yang dihasilkan. Membran polimer PS disintesis melalui kaedah penyongsangan fasa. Sifat membran seperti sudut sentuhan, keliangan dan saiz liang dianalisis untuk pencirian membran, manakala prestasi membran seperti fluks resapan, keupayaan penolakan terhadap asid humik diuji dengan menggunakan sistem penapisan membran buntu. Keputusan kajian menunjukkan bahawa jenis pelarut dan kepekatan TiO2 mempengaruhi sifat membran yang dihasilkan. Membran yang disintesis menggunakan NMP sebagai pelarut menunjukkan fluks resapan yang lebih tinggi, manakala DMAc memberikan keupayaan penolakan yang lebih tinggi terhadap asid humik. Penambahan TiO2 meningkatkan sifat hidrofilik membran yang mendorong kepada penembusan molekul air melalui matriks membran, tetapi juga berpotensi mengurangkan fluks resapan jika kepekatan TiO2 terlalu tinggi. Kesimpulannya, kajian ini menunjukkan potensi besar dalam penggunaan semula sisa plastik PS untuk pembuatan membran polimer untuk aplikasi rawatan air sisa. Dengan pemahaman yang lebih mendalam tentang faktor yang mempengaruhi sifat membran, kita dapat memperbaiki reka bentuk membran untuk meningkatkan prestasi dalam aplikasi penapisan air. Ini memberikan sumbangan yang signifikan kepada usaha global dalam mengurangkan pencemaran plastik dan menyediakan sumber air yang bersih dan mampan. |
---|