Pengaruh kebolehan organisasi, modal intelektual dan kepimpinan keusahawanan terhadap prestasi perniagaan mikro
Daya saing dan prestasi perniagaan mikro dijangka dapat memperolehi manafaat daripada pembinaan aset strategik yang unggul berbanding pergantungan kepada aset nyata yang tipikal. Modal intelektual, kepimpinan keusahawanan dan kebolehan organisasi adalah faktor berpotensi yang dapat memberi kesan ter...
Saved in:
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2024
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/24381/1/136-154%2069767-255926-1-PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/24381/ http://ejournal.ukm.my/gmjss/index |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Daya saing dan prestasi perniagaan mikro dijangka dapat memperolehi manafaat daripada pembinaan aset strategik yang unggul berbanding pergantungan kepada aset nyata yang tipikal. Modal intelektual, kepimpinan keusahawanan dan kebolehan organisasi adalah faktor berpotensi yang dapat memberi kesan terhadap prestasi perniagaan mikro berdasarkan perspektif Pandangan Berasaskan Sumber (RBV). Objektif kajian ini adalah untuk menguji pengaruh kebolehan organsasi, modal intelektual dan kepimpinan keusahawanan terhadap prestasi perniagaan mikro. Kajian ini telah menggunakan survei bagi mengutip data kajian daripada rangka persampelan seramai 118 usahawan yang mengikuti program bimbingan di bawah tiga (3) agensi terpilih. Soal selidik telah diedar kepada semua usahawan dalam rangka persampelan dan 100 daripadanya telah memberikan maklumbalas. Data kajian telah dianalisis menggunakan Partial Least Squares (PLS). Hasil kajian mendapati kebolehan organisasi mempunyai pengaruh positif pada tahap yang lemah dengan prestasi perniagaan. Pengaruh kebolehan organisasi telah disumbang oleh dimensi kebolehan operasional. Kebolehan operasional adalah kebolehan entiti perniagaan mengurus dan menangani skop situasi sedia ada secara berkesan. Walau bagaimanapun, kepimpinan keusahawanan dan modal intelektual didapati tidak mempunyai pengaruh signifikan terhadap prestasi perniagaan mikro terlibat. Implikasi teoretikal ialah penemuan telah membuktikan aset tidak nyata yang strategik menurut perspektif RBV boleh wujud dalam konteks organisasi perniagaan skala mikro, iaitu kebolehan organisasi di bawah dimensi kebolehan operasional. Namun demikian, kesan pengaruh modal intelektual dan kepimpinan keusahawanan masih lemah dan tidak signifikan kerana elemen tersebut masih belum unik dan tidak menyerlah sehingga mampu menyokong prestasi perniagaan mikro. |
---|