Perkembangan program pemulihan agama remaja di penjara
Program pemulihan agama di penjara merupakan sebahagian daripada program pemulihan utama yang dilaksanakan di penjara Malaysia. Pada awal perkembangan pemulihan di penjara untuk remaja, mereka dipenjarakan bersama tahanan dewasa. Percampuran tahanan remaja dan banduan dewasa ini menimbulkan pelbagai...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2024
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/24440/1/HA%209.pdf http://journalarticle.ukm.my/24440/ https://ejournals.ukm.my/jhadhari/issue/view/1723 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Program pemulihan agama di penjara merupakan sebahagian daripada program pemulihan utama yang dilaksanakan di penjara Malaysia. Pada awal perkembangan pemulihan di penjara untuk remaja, mereka dipenjarakan bersama tahanan dewasa. Percampuran tahanan remaja dan banduan dewasa ini menimbulkan pelbagai masalah kepada tahanan remaja seperti melambatkan proses meninggalkan tabiat buruk, masalah kesihatan mental, meningkatkan risiko residivis, merendahkan peluang untuk kembali ke sekolah dan mengurangkan peratus kejayaan dalam alam pekerjaan. Oleh itu, kajian ini menganalisis sejarah perkembangan program pemulihan agama di penjara, kurikulum dan pengisian serta peranannya dalam membantu memulihkan tahanan, terutamanya untuk remaja. Hasil kajian mendapati perkembangan program pemulihan agama di penjara amat pesat dan bertambah baik sejak awal penubuhannya sehinggalah sekarang. Program pemulihan agama tidak terhad dengan aktiviti ibadah semata-mata namun telah dibangun dan disusun dengan mempunyai pelbagai bentuk modul dan kemudahan. Perkembangan yang baik ini melambangkan kesungguhan Jabatan Penjara Malaysia (JPM) dalam melaksanakan program pemulihan agama serta kepentingannya dalam membantu menjayakan pemulihan tahanan. Kesimpulannya, program pemulihan agama di penjara telah berada di suatu tahap yang membanggakan namun sentiasa ada penambahbaikan bagi memperkukuhkan pelaksanannya. |
---|