Spektrum imbuhan se- dalam bahasa Melayu klasik dan moden: analisis morfologi diakronik

Bahasa Melayu diklasifikasikan sebagai salah satu bahasa aglutinatif yang bersifat derivatif dan sememangnya kaya dengan keanekaragaman pengimbuhan dalam pembentukan katanya. Sehubungan dengan itu, makalah ini memfokuskan cerapan khusus terhadap perilaku morfologi (makna, fungsi dantaburan)imbuhan s...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohamad Hakimi Mohamad, Kartini Abd. Wahab
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2024
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/24457/1/WEE%204.pdf
http://journalarticle.ukm.my/24457/
https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/36
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Bahasa Melayu diklasifikasikan sebagai salah satu bahasa aglutinatif yang bersifat derivatif dan sememangnya kaya dengan keanekaragaman pengimbuhan dalam pembentukan katanya. Sehubungan dengan itu, makalah ini memfokuskan cerapan khusus terhadap perilaku morfologi (makna, fungsi dantaburan)imbuhan se- dalam bahasa Melayu klasik (BMK) dan bahasa Melayu moden (BMM) berteraskan kerangka kajian morfologi generatif. Objektif kajian ini adalah untuk: (i)menganalisis data daripada manuskrip BMK dan BMM bagi mencerap perilaku morfologi imbuhan se- dalam bahasa Melayu melalui pengintegrasiankedua-dua aliran nahu BMK dan BMM; serta (ii)mengenal pasti perilaku morfologi bagi imbuhanse-yangmengalami retensi dan inovasi dalam konteks perkembangan maknanya dalam BMM dengan lebih empiris dan peka konteks. Kajian berorientasikan pendekatan diakronik ini memanfaatkan reka bentukkajiankualitatif melalui kaedah analisis kandungan, kajian kepustakaan dan data korpus DBP-UKM. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa perilaku morfologi imbuhan se- dalam BMK dan BMM mempunyai duaspektrum fungsi, iaitu sebagai penetap dan pengubah golongan; enam spektrum taburan berdasarkan RPKdan 17 spektrum makna yang memancarkan nuansanya yang tersendiri. Seterusnya, kajianini juga memperlihatkan majoriti fungsi, makna dan taburan imbuhan se- dalam BMM ini mengalami gejalaretensi,namun terdapat beberapa kes khas imbuhan se- yang dilabelkan sebagai inovasi berbentuk pengambilalihan dan penyempitan makna asalnya dalam BMK.