Pengukuhan pentadbiran Kerajaan Negeri Terengganu era Sultan Zainal Abidin III (1910-1918)
Artikel ini menganalisis pengukuhan pentadbiran Kerajaan Negeri Terengganu semasa era pentadbiran Sultan Zainal Abidin III iaitu antara pada tahun 1910 hingga tahun 1918. Tumpuan diberikan kepada peranan Sultan Zainal Abidin III berhadapan dengan Agen Penasihat Britishdi Terengganu pada tahun 1910....
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2024
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/24459/1/WEE%206.pdf http://journalarticle.ukm.my/24459/ https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/36 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Artikel ini menganalisis pengukuhan pentadbiran Kerajaan Negeri Terengganu semasa era pentadbiran Sultan Zainal Abidin III iaitu antara pada tahun 1910 hingga tahun 1918. Tumpuan diberikan kepada peranan Sultan Zainal Abidin III berhadapan dengan Agen Penasihat Britishdi Terengganu pada tahun 1910. Sumbangan utama baginda ialah dengan menggubal ‘Itqanul al-Muluk Bitiadil al-Suluk’ pada tahun 1911. Penggubalan undang-undang ini bertujuan mengekang campurtangan Agen Penasihat British di Terengganu dan mengukuhkan bidang kuasa sultan sebagai pemerintah tertinggi dalam kerajaan negeri. Kajian ini mengisi lompang pensejarahan yang lebih menumpukan kajian terhadap ‘Itqanul al-Muluk Bitiadil al-Suluk’ tanpa menghubungkaitkannya dengan matlamat mengekang campur tangan Agen Penasihat British di Terengganu. Justeru, analisis kajian ini digalurkan sejak kewujudan struktur pentadbiran kerajaan negeri sebelum kedatangan British, hinggalah tahun 1918. Kaedah kajian sejarah digunakan untuk merungkai bidang kuasa sultan, isu-isu pentadbiran dan kedudukan Agen Penasihat British dengan melakukan analisis kandungan terhadap sumber primer seperti, Fail Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Fail Pejabat Kolonial dan Fail Pejabat Pesuruhjaya Tinggi British. Hasil kajian mendapati, tahun1910 sehingga tahun 1918, adalah satu fasa di mana kuasa dan peranan Agen Penasihat Britishdi Terengganu adalah terbatas. Hal ini demikian kerana, wujudnya undang-undang bertulis yang menjamin bidang kuasa sultan dan kewujudan struktur pentadbiran kerajaan yang sedia ada. |
---|