Penjujukan eksom bagi penyakit jarang jumpa, mullerian agenesis dan agenesis anotectal anomaly: kajian kes
Agenesis Mullerian atau Sindrom Mayer-Rokitansky-Kuster-Hauser (MRKH) Jenis II ialah kecacatan kongenital pada saluran Mullerian yang mengakibatkan ketiadaan uterus pada wanita. Etiologi sindrom ini tidak diketahui dan telah dianggap sebagai penyakit genetik sporadik. MRKH bersama dengan anoma...
Saved in:
Main Authors: | , , , , , , , , , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2024
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/24476/1/Sains%20Kesihatan_22_2_2.pdf http://journalarticle.ukm.my/24476/ https://ejournals.ukm.my/jskm/issue/view/1646 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Agenesis Mullerian atau Sindrom Mayer-Rokitansky-Kuster-Hauser (MRKH) Jenis II ialah
kecacatan kongenital pada saluran Mullerian yang mengakibatkan ketiadaan uterus pada
wanita. Etiologi sindrom ini tidak diketahui dan telah dianggap sebagai penyakit genetik
sporadik. MRKH bersama dengan anomali anorektal, amat jarang berlaku dan hanya
dilaporkan dalam beberapa kes sehingga kini, tanpa sebarang maklumat mengenai analisis
genetik. Kajian ini dilakukan untuk menentukan profil mutasi kanak-kanak perempuan yang
didiagnosis dengan MRKH dan anomali anorektal dengan fistula rektovagina. Analisis trio
genetik penjujukan keseluruhan eksom (WES) terhadap seorang kanak-kanak perempuan
Malaysia berusia 5 tahun yang didiagnosis dengan MRKH dan anomali anorektal dengan
fistula rektovagina, dilakukan bersama dengan sampel ibu bapanya yang normal dengan
menggunakan kit Ion AmpliSeq™ Exome RDY (Thermo Fisher Scientific). Data dianalisis
menggunakan Torrent Suite v.5.0.4 dan dianotasi menggunakan ANNOVAR. Polimorfisme
nukleotida tunggal (SNP) dengan kekerapan alel >0.01 dikecualikan dan varian selebihnya
ditapis berdasarkan mutasi de novo dan sifat pewarisan autosomal resesif dan digenik
autosomal resesif. Gen yang berkaitan kemudiannya dianalisis dengan Analisis pengayaan
fungsi dan tapak jalan (g:Profiler) serta interaksi protein-protein (HIPPIE v.2.3, STRING
v.11.5, dan GeneMANIA). Sebanyak 36 mutasi telah dikenalpasti, dan dua daripadanya adalah
LHX5 (p.P358Q) yang diwarisi daripada ayah dan CFTR (p.R1158X) yang diwarisi daripada
ibu. Jumlah mutasi de-novo adalah sebanyak 28 mutasi dalam 28 gen. Kesemua gen-gen ini
terlibat dalam 27 proses biologi yang dihubungkan dengan 23 interaksi. Sebanyak dua mutasi
diwarisi dan 28 mutasi de-novo dalam 30 gen yang boleh berinteraksi antara satu sama lain dan
berkemungkinan menyebabkan sindrom MRKH pada pesakit ini. |
---|