Pengetahuan, sikap dan amalan ergonomi dalam mencegah gnagguan otot semasa kerja dalam kalangan pekerja pejabat di Malaysia

Kajian ini bertujuan untuk menentukan pengetahuan, sikap dan amalan ergonomik (KAP) pekerja pejabat di Malaysia dalam mencegah gangguan muskuloskeletal berkaitan kerja. Tinjauan keratan rentas dalam talian terhadap 266 pekerja pejabat di Malaysia telah dijalankan. Semua peserta diminta melengk...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Deepashini Harithasan, Adibah Nabilah Zulkiply
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2024
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/24482/1/Sains%20Kesihatan_22_2_8.pdf
http://journalarticle.ukm.my/24482/
https://ejournals.ukm.my/jskm/issue/view/1646
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk menentukan pengetahuan, sikap dan amalan ergonomik (KAP) pekerja pejabat di Malaysia dalam mencegah gangguan muskuloskeletal berkaitan kerja. Tinjauan keratan rentas dalam talian terhadap 266 pekerja pejabat di Malaysia telah dijalankan. Semua peserta diminta melengkapkan soal selidik lima bahagian untuk mengekstrak maklumat tentang data sosiodemografi, kelaziman gangguan otot semasa berkerja (WMSD), tahap pengetahuan, sikap, dan amalan ergonomik. Kelaziman WMSD diukur menggunakan Soalan Ketidakselesaan Cornell MS (CMDQ) dengan kebolehpercayaan dan kesahan yang tinggi, dengan nilai Alpha Cronbach melebihi 0.95, dan pekali korelasi intrakelas (ICC)= 0.69-0.95. Pengetahuan ergonomik diukur menggunakan Soal Selidik Pengetahuan Ergonomik dengan kesahan yang tinggi (0.98) dan kebolehpercayaan yang saksama (r= 0.75). Soal selidik sikap diukur menggunakan skala Likert yang terdiri daripada ya, tidak dan mungkin. Amalan ergonomik diperoleh dengan menggunakan Rapid Office Strain Assessment (ROSA). ROSA ialah soal selidik dengan kebolehpercayaan antara pemerhati dan intra-pemerhati yang tinggi (ICC 0.88 dan 0.91), Para peserta menjawab soal selidik berasaskan gambar yang terdiri daripada 3 bahagian: (1) kerusi, (2) monitor dan telefon, (3) tetikus dan papan kekunci. Kebanyakan pekerja pejabat mengalami WMSD (99.3%) dengan ketidakselesaan sederhana (66.5%). Aduan yang paling biasa adalah bahagian atas belakang (83%), lengan atas kanan (78.9%) dan leher (78.6%). Sebanyak 73.7% pekerja pejabat mempunyai pengetahuan yang lemah dan sedikit tentang ergonomik. Majoriti pekerja pejabat (97%) mempunyai sikap positif terhadap ergonomik. 75.2% pekerja pejabat di Malaysia mempunyai amalan ergonomik yang baik. Kebanyakan pekerja pejabat di Malaysia mempunyai pengetahuan ergonomik yang lemah, sikap positif dan amalan ergonomik yang baik.