Hubungan kointegrasi dan kebersebaban granger antara sektor utama indeks harga pengeluar di Malaysia
Penyesuaian harga adalah salah satu faktor yang boleh digunakan untuk mengawal kecekapan pasaran. Ia merupakan salah satu pendekatan dalam proses pengagihan sumber, kawalan hasil pengeluaran, mahupun pengawalseliaan kerajaan. Bagi tujuan tersebut, Indeks Harga Pengeluar (IHPR) adalah maklumat pentin...
Saved in:
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2024
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/24486/1/SS%204.pdf http://journalarticle.ukm.my/24486/ https://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol53num9_2024/contentsVol53num9_2024.html |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Penyesuaian harga adalah salah satu faktor yang boleh digunakan untuk mengawal kecekapan pasaran. Ia merupakan salah satu pendekatan dalam proses pengagihan sumber, kawalan hasil pengeluaran, mahupun pengawalseliaan kerajaan. Bagi tujuan tersebut, Indeks Harga Pengeluar (IHPR) adalah maklumat penting yang sentiasa dirujuk dalam proses pembuatan keputusan dan polisi berkaitan penyesuaian harga. IHPR merupakan indeks berasaskan output yang mengukur perubahan harga komoditi untuk jualan pasaran. Penyelidikan ini mengkaji tingkah laku kointegrasi dan hubungan kebersebaban Granger antara pemboleh ubah dalam IHPR di Malaysia. Data kebangsaan IHPR yang dilaporkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia bagi tempoh Januari 2010 sehingga Disember 2023 telah dianalisis. Objektif kajian ini adalah untuk memahami hubungan dinamik antara pemboleh ubah IHPR dalam konteks ekonomi negara Malaysia menerusi pendekatan ujian punca unit, model vektor autoregresif, analisis penyebab Granger dan kointegrasi Johansen. Hasil kajian mendapati bahawa wujud tiga hubungan satu hala yang signifikan antara pasangan sektor-sektor IHPR iaitu; i) perubahan dalam sektor perlombongan adalah penyebab Granger kepada sektor perubahan dalam sektor pembuatan; ii) perubahan dalam sektor bekalan elektrik merupakan penyebab Granger kepada perubahan dalam sektor perlombongan dan iii) perubahan dalam sektor bekalan air merupakan penyebab Granger kepada perubahan dalam sektor bekalan elektrik. Namun, didapati tiada hubungan kebersebaban dua hala yang signifikan bagi perubahan antara mana-mana pasangan sektor pemboleh ubah IHPR. Selain itu, berdasarkan ujian kointegrasi Johansen, didapati kointegrasi antara pasangan pemboleh ubah IHPR; i) sektor pertanian-perlombongan dan ii) sektor pertanian-pembuatan adalah signifikan. Ini mengimplikasikan bahawa kedua-dua pasangan sektor tersebut menunjukkan tingkah laku kestabilan hubungan jangka panjang dari aspek perubahan nilai indeks antara sektor. |
---|