Takwim Hijrah Pramoden Alam Melayu sebagai mekanisme sains, agama dan sosio-budaya

Perkembangan Islam di Alam Melayu menyebabkan takwim Hijrah telah digunakan secara meluas sebagai sistem takwim. Penyebaran Islam oleh ulama Timur Tengah dan proses pengajian ulama tempatan di sana memberi pengaruh besar terhadap penggunaan sistem takwim Hijrah. Takwim Hijrah merupakan simbol kekuat...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Sharifah Hamizah Syed Omar, Nur Nafhatun Md Shariff, Baharrudin Zainal, Zety Sharizat Hamidi
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2024
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/24515/1/95%20%E2%80%93%20106%2078684-259943-1-PB%20-.pdf
http://journalarticle.ukm.my/24515/
http://ejournal.ukm.my/jatma/index
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Perkembangan Islam di Alam Melayu menyebabkan takwim Hijrah telah digunakan secara meluas sebagai sistem takwim. Penyebaran Islam oleh ulama Timur Tengah dan proses pengajian ulama tempatan di sana memberi pengaruh besar terhadap penggunaan sistem takwim Hijrah. Takwim Hijrah merupakan simbol kekuatan Islam dalam mengurus masa dan waktu-waktu ibadah. Konsep pembentukan takwim Hijrah pramoden terbahagi kepada dua kaedah iaitu hisab istilahi dan hakiki. Hisab istilahi adalah kaedah hitungan purata peredaran Bulan dan Bumi mengelilingi Matahari. Manakala kaedah hakiki ialah hitungan kedudukan sebenar Bulan dan Matahari bagi mendapatkan data kenampakan hilal dengan tepat. Penggunaan pertama takwim Hijrah dalam bentuk jadual adalah menerusi manuskrip Jadual Bulan ‘Arabi, Masuk Bulan Orang Putih oleh Sa`id Ibn al-Marhum Engku Haji Ahmad (1321H/1903M). Objektif kajian ini untuk menentusahkan fungsi kalendar Hijrah pramoden sebagai mekanisme sains, agama dan sosiobudaya di Alam Melayu. Metodologi kualitatif bersifat kepustakaan melibatkan pengumpulan dan analisis data daripada koleksi kalendar tahunan pramoden pada awal abad ke-20M. Dapatan kajian ini menyatakan bahawa takwim Hijrah pramoden telah memenuhi fungsi sebagai mekanisme sains, agama dan sosio-budaya berdasarkan maklumat yang dipaparkan pada kalendar. Antara maklumat tersebut iaah unit takwim, musim, cuaca, peristiwa penting dalam sejarah Islam, nasihat kesihatan dan sebagainya. Kesimpulannya, maklumat yang terkandung dalam kalendar Hijrah pramoden tentang sains, agama dan sosiobudaya perlu dikekalkan dalam kalendar Hijrah kontemporari sebagai ilmu falak am dan bukti kearifan tempatan.