Pemuliharaan dan kajian Burung Enggang Kelingking di Sabak Bernam: tinjauan literatur semasa

Malaysia sebagai salah sebuah daripada 17 buah negara di dunia mempunyai kepelbagaian biologi yang tinggi dan unik. Sebagai contoh, terdapat hampir 1000 spesies tumbuhan ubatan, 1000-2000 spesies orkid, lebih 700 spesies ikan, lebih 800 spesies burung serta banyak lagi. Namun begitu, keperluan pemba...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Faid Rahman, Ahmad Ismail, Nurul Hudha Mohd, Saiful Arif Abdullah
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2024
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/24516/1/107%20%E2%80%93%20119%2078685-259944-1-PB%20-.pdf
http://journalarticle.ukm.my/24516/
http://ejournal.ukm.my/jatma/index
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Malaysia sebagai salah sebuah daripada 17 buah negara di dunia mempunyai kepelbagaian biologi yang tinggi dan unik. Sebagai contoh, terdapat hampir 1000 spesies tumbuhan ubatan, 1000-2000 spesies orkid, lebih 700 spesies ikan, lebih 800 spesies burung serta banyak lagi. Namun begitu, keperluan pembangunan serta penerokaan habitat tabii yang berterusan menjadi antara halangan utama dalam memulihara ekosistem sedia ada di negara kita. Bagi mengenalpasti ketidakseimbangan yang berlaku, para saintis khususnya memantau keberadaaan serta tingkah laku hidupan liar yang terdapat di habitat-habitat berkenaan. Sebagai contoh, burung enggang merupakan antara ikon unik yang sesuai untuk dijadikan sebagai petunjuk biologi bagi kawasan hutan. Ini berdasarkan kepada ekologi dan tingkah lakunya yang mencakupi kawasan yang agak luas, selain amat sensitif terhadap sebarang perubahan di habitat asalnya. Sehubungan dengan itu, satu kajian literatur khusus melibatkan spesies Enggang Kelingking yang sinonim dengan masyarakat tempatan, terutama di perkampungan dan pinggiran bandar telah dijalankan. Mengikut kronologi, terdapat laporan mengenai kehadiran sekumpulan Enggang Kelingking yang berhijrah ke kawasan perladangan serta dusun penduduk di kawasan Sungai Panjang, Sabak Bernam, Selangor. Populasi tersebut menunjukkan tingkah laku yang unik khususnya ketika musim mengawan dengan memilih untuk bersarang di dalam tempayan yang ditinggalkan. Secara amnya, kajian literatur ini bertujuan untuk mengetengahkan maklumat-maklumat semasa berkaitan ekologi serta adaptasi populasi enggang terbabit, di samping menarik minat saintis tempatan untuk bersama-sama fokus terhadap populasi burung enggang di Malaysia, khususnya Enggang Kelingking. Perbincangan melibatkan aktiviti bersarang serta konflik yang timbul turut dibuat bagi mencari solusi dan menjawab persoalan penting melibatkan populasi burung terbabit.