Pengenalpastian dan pencirian lokus jenis pengawanan (MAT) yang mengawal proses pengawanan seksual kulat patogen kelapa sawit Ganoderma boninense

Ganoderma boninense merupakan kulat patogen utama penyebab penyakit reput pangkal batang (BSR) terhadap tanaman kelapa sawit. Sepanjang kitar hidupnya, kulat ini menghasilkan dua jenis miselium iaitu miselium monokarion dan miselium dwikarion. Walau bagaimanapun, hanya miselium dwikarion (miselium s...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Anis Farhan Fatimi Ab Wahab, Izwan Bharudin, Sharmilah Vetaryan, Farah Diba Abu Bakar, Abdul Munir Abdul Murad
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2024
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/24631/1/SS%203.pdf
http://journalarticle.ukm.my/24631/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Ganoderma boninense merupakan kulat patogen utama penyebab penyakit reput pangkal batang (BSR) terhadap tanaman kelapa sawit. Sepanjang kitar hidupnya, kulat ini menghasilkan dua jenis miselium iaitu miselium monokarion dan miselium dwikarion. Walau bagaimanapun, hanya miselium dwikarion (miselium sekunder) sahaja yang berkeupayaan untuk menjangkiti pokok kelapa sawit. Miselium dwikarion terbentuk apabila dua miselium monokarion yang membawa lokus jenis pengawanan berbeza, bertemu, melakur dan seterusnya mengawan untuk membentuk miselium dwikarion. Sehingga kini, masih tiada penelitian dilakukan terhadap gen jenis pengawanan yang terdapat pada lokus jenis pengawanan kulat ini. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti gen jenis pengawanan kulat G. boninense menggunakan kaedah perlombongan data genom G. boninense G3 yang terdapat pada pangkalan NCBI dan mencirikan gen tersebut secara in-silico. Berdasarkan analisis yang dilakukan, dua lokus jenis pengawanan, iaitu lokus jenis pengawanan A (matA) yang menempatkan gen mengekod faktor transkripsi homeodomain 1 (HD1) dan homeodomain 2 (HD2), dan lokus jenis pengawanan B (matB) yang menempatkan lapan gen ste3 yang mengekod protein reseptor feromon dan lima gen phr yang mengekod protein pelopor feromon pengawanan telah berjaya dikenal pasti masing-masing terletak pada LG-2 dan LG-7. Kebanyakan gen jenis pengawanan ini menunjukkan variasi jujukan yang tinggi dengan gen jenis pengawanan daripada Ganoderma sp. yang lain. Kesimpulannya, kehadiran dua lokus jenis pengawanan dalam genom G. boninense ini telah mengesahkan secara molekul bahawa pengawanan seksual kulat ini dikawal oleh sistem pengawanan jenis tetrakutub.