Tahap kerentanan kewangan dalam kalangan pekerja GIG di Selangor

Pandemik COVID-19 telah memberikan kesan kepada perkembangan ekonomi digital dan telah meningkatkan pertumbuhan ekonomi GIG. Perkembangan ini mengubah cara pekerjaan tradisional dan memberikan peluang dalam penjanaan pendapatan dan fleksibiliti. Namun begitu, pekerjaan GIG ini tidak menyediakan perl...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Husniyah Abdul Rahman, Zaimah Ramli
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2024
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/24714/1/%5B512-525%5D%2081331-267992-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/24714/
http://ejournal.ukm.my/ebangi/index
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Pandemik COVID-19 telah memberikan kesan kepada perkembangan ekonomi digital dan telah meningkatkan pertumbuhan ekonomi GIG. Perkembangan ini mengubah cara pekerjaan tradisional dan memberikan peluang dalam penjanaan pendapatan dan fleksibiliti. Namun begitu, pekerjaan GIG ini tidak menyediakan perlindungan pekerjaan dengan aliran pendapatan yang tidak menentu serta tiada laluan kerjaya yang jelas. Perkara ini telah menjejaskan kestabilan kewangan mereka dan boleh menyebabkan mereka mengalami kerentanan kewangan. Justeru itu, kajian ini akan mengukur tahap kerentanan kewangan dalam kalangan pekerja GIG di Selangor. Selain itu, kajian ini turut menguji perbezaan tahap kerentanan kewangan dengan status pekerjaan, pendapatan, simpanan dan hutang pekerja GIG. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif melalui teknik pensampelan bertujuan. Soal selidik digunakan sebagai alat pengumpulan maklumat. Responden kajian ini terdiri daripada 230 orang pekerja GIG di Selangor yang menerima bantuan inisiatif RiDE. Hasil kajian menunjukkan tahap kerentanan pekerja GIG di Selangor adalah sederhana. Kajian juga menunjukkan bahawa pekerja GIG sepenuh masa mengalami tahap kerentanan kewangan lebih tinggi berbanding pekerja GIG separuh masa. Pekerja GIG yang mempunyai pendapatan rendah dan kurang atau tidak mempunyai simpanan akan mengalami kerentan kewangan lebih tinggi secara relatif. Seterusnya pekerja GIG yang mempunyai pinjaman yang banyak juga didapati mempunyai tahap kerentanan kewangan yang tinggi dan sebaliknya. Implikasi kajian ini menunjukkan betapa pentingnya pekerja GIG mempunyai pekerjaan yang lebih stabil. Dalam masa yang sama, mereka juga perlu menambah pengetahuan berkaitan kewangan dan mengamalkan tingkah laku kewangan yang positif dalam menangani situasi ketidakstabilan pekerjaan mereka. Campurtangan pihak berkepentingan juga amat diperlukan dalam menjamin kesejahteraan kewangan pekerja GIG.