Persepsi masyarakat tempatan terhadap isu buruh asing dari aspek keselamatan: kajian kes di Pulau Pinang
Dalam meniti arus pemodenan, perkembangan dalam pembangunan amat dititikberatkan dari pelbagai aspek termasuk ekonomi, sosial, politik dan juga persekitaran. Kepesatan ekonomi yang berlaku memberi pelbagai peluang pekerjaan bukan sahaja kepada rakyat tempatan tetapi juga warga asing. Situasi ini mem...
Saved in:
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2024
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/24720/1/%5B608-620%5D%2081342-268007-1-PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/24720/ http://ejournal.ukm.my/ebangi/index |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Dalam meniti arus pemodenan, perkembangan dalam pembangunan amat dititikberatkan dari pelbagai aspek termasuk ekonomi, sosial, politik dan juga persekitaran. Kepesatan ekonomi yang berlaku memberi pelbagai peluang pekerjaan bukan sahaja kepada rakyat tempatan tetapi juga warga asing. Situasi ini memdorong ramai warga asing berhijrah dari negara asal untuk bekerja bagi memperoleh pendapatan yang lebih lumayan. Peningkatan jumlah pendatang asing tanpa izin (PATI) ke dalam negara Malaysia telah menyebabkan pelbagai masalah timbul dari aspek sosial khususnya aspek keselamatan. Maka, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti persepsi rakyat tempatan terhadap isu warga asing dari aspek keselamatan serta membincangkan tindakan pihak yang terlibat dalam membanteras masalah yang berpunca daripada warga asing. Bagi mencapai objektif kajian ini, kaedah kuantitatif digunakan dengan mengedarkan borang soal selidik kepada 150 orang responden yang merupakan penduduk tempatan Pulau Pinang. Hal ini dikatakan kerana, Pulau Pinang sangat sesuai untuk dijadikan sebagai kawasan kajian lebih-lebih lagi apabila ia merupakan antara negeri perindustrian yang banyak menawarkan peluang pekerjaan. Bagi kajian ini, data yang dikumpul dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan perisian Statistical Package for The Social Sciences (SPSS). Kajian yang dijalankan ini mendapati bahawa hampir keseluruhan penduduk Pulau Pinang bersetuju bahawa kemasukan warga asing secara berlebihan akan memberi kesan yang negatif kepada keselamatan rakyat. Oleh hal yang demikian, pelbagai pihak perlu berganding bahu dalam membantu meminimumkan masalah yang dihadapi oleh penduduk tempatan mengenai isu warga asing yang mengancam keselematan mereka. |
---|