Interpretasi falsafah dan hati budi Melayu dalam peribahasa Melayu Sekolah Rendah

Pemahaman terhadap peribahasa Melayu terutamanya kata-kata hikmat adalah semakin kurang dalam kalangan pelajar di Sekolah Rendah. Isu ini akan memberi kesan kepada penghayatan dan penguasaan kandungan kurikulum yang berkesan bagi mata pelajaran Bahasa Melayu ini. Justeru, kajian ini adalah bertujuan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Alhaadi Ismail, Rozita Che Rodi, Vijayaletchumy Subramaniam, Zuraini Jusoh
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2024
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/24825/1/%5B69-77%5D.pdf
http://journalarticle.ukm.my/24825/
http://ejournal.ukm.my/jpend
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Pemahaman terhadap peribahasa Melayu terutamanya kata-kata hikmat adalah semakin kurang dalam kalangan pelajar di Sekolah Rendah. Isu ini akan memberi kesan kepada penghayatan dan penguasaan kandungan kurikulum yang berkesan bagi mata pelajaran Bahasa Melayu ini. Justeru, kajian ini adalah bertujuan untuk: a) mengenal pasti kata-kata hikmat berunsur alam yang terdapat dalam buku teks Bahasa Melayu sekolah kebangsaan (SK) dan sekolah jenis kebangsaan (SJK), dan b) menginterpretasi kata-kata hikmat yang berunsur alam yang terdapat dalam buku teks Bahasa Melayu SK dan SJK. Kajian ini menggunakan pendekatan deskriptif dengan kaedah analisis kandungan yang melibatkan buku teks Bahasa Melayu SK dan SJK. Ringkasnya, terdapat dua kata-kata hikmat dengan unsur alam iaitu ‘masa itu emas’ dan ‘membaca jambatan ilmu’. Kedua-dua kata-kata hikmat ini mempunyai semantik yang berbeza namun kaya dengan pedoman hidup. Ringkasnya, dapatan kajian ini memberi penjelasan yang mendalam terhadap peribahasa Melayu yang dapat digunakan dalam memperkasa pemahaman dan penghayatan nilai peribahasa Melayu dengan lebih berkesan.