Hubungan kelikatan minyak enjin terhadap usia guna serta suhu

Kelikatan minyak enjin bergred tunggal mengalami perubahan apabila berlakunya perubahan pada suhu dan tekanan. Namun begitu, secara realiti kelikatan minyak enjin juga mengalami perubahan terhadap usia guna. Oleh itu, kajian ini memperkenalkan satu hubungan kelikatan minyak enjin terhadap perubahan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nordin Jamaludin, Othman Inayatullah, Mohd. Jailani Mohd. Nor, Fauziah Mat
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Kebangsaan Malaysia 2011
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/2492/1/15_Nordin.pdf
http://journalarticle.ukm.my/2492/
http://www.ukm.my/jsm/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Kelikatan minyak enjin bergred tunggal mengalami perubahan apabila berlakunya perubahan pada suhu dan tekanan. Namun begitu, secara realiti kelikatan minyak enjin juga mengalami perubahan terhadap usia guna. Oleh itu, kajian ini memperkenalkan satu hubungan kelikatan minyak enjin terhadap perubahan suhu serta usia guna. Hubungan ini berasaskan kepada persamaan matematik empirik yang melibatkan teori pelincir Newtonan dan bukan Newtonan. Hubungan yang baru ini dikenali sebagai model kelikatan matematik (ηmath). Dalam model ini, kelikatan minyak enjin dipengaruh oleh dua faktor iaitu faktor suhu (ks) dan faktor masa (km). Nilai kedua-dua faktor ini bergantung kepada formula bahan tambah minyak enjin tersebut. Analisis reologi meter likat telah digunakan untuk mendapatkan nilai kedua-dua faktor ini. Hasil kajian menunjukkan kelikatan minyak enjin mengalami penurunan apabila usia guna meningkat. Ini dibuktikan melalui model kelikatan matematik (ηmath) dan juga analisis reologi meter likat.