Kesan penyahhutanan ke atas pola suhu dan kelembapan bandingan di Cameron Highlands, Malaysia: Satu analisis awal (Impact of deforestation on the patterns of temperature and relative humadity in Cameron Highlands, Pahang: a preliminary analysis)

Sumbangan perubahan guna tanah akibat penyahhutanan kepada peningkatan gas karbon dioksida atmosfera adalah salah satu ketidakpastian besar dalam kajian perubahan iklim dan merupakan punca gas karbon dioksida antropogenik kedua terbesar selepas pembakaran api fosil. Terdapat kekurangan kajian tentan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ahadi Iskandar Ismail, Shaharuddin Ahmad, Noorazuan Md. Hashim, Yaakob Mohd Jani
Format: Article
Language:English
Published: Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi 2011
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/2622/1/7.2011-3-Iskandar_dkk_ukm-melayu-ed-katiman__1_-edited_31.7.pdf
http://journalarticle.ukm.my/2622/
http://www.ukm.my/geografia/v1/index.php
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Sumbangan perubahan guna tanah akibat penyahhutanan kepada peningkatan gas karbon dioksida atmosfera adalah salah satu ketidakpastian besar dalam kajian perubahan iklim dan merupakan punca gas karbon dioksida antropogenik kedua terbesar selepas pembakaran api fosil. Terdapat kekurangan kajian tentang penyahhutanan di kawasan hutan tropika rantau Asia Tenggara dan kesannya kepada perubahan iklim. Justeru, kajian ini cuba menganalisis kesan perubahan guna tanah akibat penyahhutanan di kawasan Cameron Highlands, Pahang ke atas sistem iklim tempatan. Data parameter cuaca untuk tempoh 36 tahun (1970-2006) diperolehi daripada Jabatan Meteorologi Malaysia manakala data guna tanah dibekalkan oleh Jabatan Pertanian Cameron Highlands (1970-2006). Data diproses menggunakan Microsoft excel dan dianalisis menggunakan kaedah statistik mudah seperti regresi linear, koefisien korelasi dan peratusan. Umumnya, hasil kajian mendapati berlaku peningkatan suhu sekitar 0.9C di stesen MARDI manakala distesen Tanah Rata hanya sekitar 0.1C. Peningkatan suhu ini selari dengan perubahan pola guna tanah diCameron Highlands iaitu dari kawasan hutan menjadi kawasan bandar dan agrikultur. Kadar kelembapan bandingan juga menurun terutamanya di stesen MARDI di pekan Tanah Rata. Penyahhutanan yang berlaku ini memberi kesan kepada fenomena perubahan iklim di Cameron Highlands dan seterusnya menjejaskan sedikit industri pelancongan kawasan tanah tinggi. Oleh itu, satu usaha melestarikan pembangunan diCameron Highlands amat diperlukan bagi menjamin industri pelancongan terus maju di kawasan peranginan tanah tinggi ini pada masa hadapan.