Pembandaran dan kehidupan bandar di Semenanjung Malaysia

Artikel ini menghujahkan bahawa memandangkan kira-kira 70 peratus penduduk Malaysia sudah tinggal di bandar dan proses pembandaran masih terus berlaku, maka kehidupan bandar atau urbanisme sudah menjadi cara hidup dan unsur penting dalam peradaban masyarakat Malaysia. Namun kehidupan bandar khususny...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Abdul Rahman Embong
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Kebangsaan Malaysia 2011
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/2733/1/81%282%29Chap3-locked.pdf
http://journalarticle.ukm.my/2733/
http://www.ukm.my/~penerbit/jademik.html
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Artikel ini menghujahkan bahawa memandangkan kira-kira 70 peratus penduduk Malaysia sudah tinggal di bandar dan proses pembandaran masih terus berlaku, maka kehidupan bandar atau urbanisme sudah menjadi cara hidup dan unsur penting dalam peradaban masyarakat Malaysia. Namun kehidupan bandar khususnya bagi orang Melayu dan Bumiputera lain adalah suatu pengalaman baru sungguhpun, tidak baru bagi sebahagian besar kaum Cina dan India. Kewujudan hubungan sosial baru yang urban sifatnya tidak semestinya melenyapkan hubungan kekeluargaan dan komuniti. Artikel ini menunjukkan walaupun kritikan Louis Wirth terhadap budaya masyarakat bandar adalah tepat dari satu segi meluasnya individualisme, ketidakpedulian dan perlunya kawalan sosial yang formal, tetapi peranan manusia sebagai agensi yang mampu membentuk semula hubungan dan organisasi sosial mereka bagi memenuhi tujuan kehidupan sosial berpandukan nilai-nilai budaya dan keagamaan tidak boleh diketepikan. Ini jelas terbukti dengan usaha pembentukan komuniti dan wujudnya komuniti yang agak utuh walaupun dalam masyarakat bandar. Artikel ini juga menunjukkan di kalangan penghuni bandar besar seperti Kuala Lumpur dan Pulau Pinang terdapat sejumlah yang memutuskan tempat itu sebagai tempat tinggal tetap mereka kerana mereka sudah bersebati dengan kehidupan kota dan juga kerana soal praktikal, tetapi ada sebahagian lain menganggap bandaraya sebagai laluan tempat membina kerjaya dan bukannya tempat tetap mereka seumur hidup. Keadaannya berlainan dengan ramai penghuni bandar pertengahan, lebih-lebih lagi bandar seperti Kota Bharu dan Melaka di mana kehidupan di bandar itu menjadi matlamat tempat tinggal tetap, bukannya sebagai tempat ‘mencari makan’ semata-mata. Namun, cabaran terbesar kehidupan di kalangan penghuni bandar terutamanya bandar besar ialah kenaikan kos hidup yang menghantui khususnya mereka daripada golongan bawahan.