Pemerkasaan jati diri Bahasa Melayu: isu penyerapan kata asing

Makalah ini menganalisis beberapa implikasi daripada penyerapan kata asing dalam proses pemerkasaan jati diri bahasa Melayu. Sumber analisis meliputi beberapa buah kamus terkenal dan pengucapan lazim dalam kehidupan harian. Dihujahkan bahawa penyerapan kata asing bukan sekadar membawa masuk leksika...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Zaharani Ahmad, Nor Hashimah Jalaluddin, Fazal Mohamed Mohamed Sultan, Harishon Radzi, Mohd Shabri Yusof
Format: Article
Language:English
Published: Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan 2011
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/2915/1/2.pdf
http://journalarticle.ukm.my/2915/
http://www.ukm.my/e-melayu
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Makalah ini menganalisis beberapa implikasi daripada penyerapan kata asing dalam proses pemerkasaan jati diri bahasa Melayu. Sumber analisis meliputi beberapa buah kamus terkenal dan pengucapan lazim dalam kehidupan harian. Dihujahkan bahawa penyerapan kata asing bukan sekadar membawa masuk leksikal baru tetapi disertai dengan sistem nahunya yang sekali gus menyebabkan berlakunya pertembungan antara sistem linguistik bahasa sumber dengan sistem linguistik bahasa sasaran. Akan dijelaskan proses tersebut menimbulkan dua dikotomi iaitu sama ada (i) kata asing itu mengalami perubahan dan penyesuaian untuk mematuhi sistem bahasa sasaran, atau (ii) kata asing itu mengekalkan bentuk asalnya lalu membawa masuk ciri baru yang melanggari sistem linguistik bahasa sasaran. Makalah ini memberi tumpuan terhadap bagaimana dikonomi begini telah berlaku dalam aspek fonologi (sistem bunyi) bahasa Melayu dengan melihatnya secara retrospektif. Akan disentuh juga aspek morfologi (sistem pembinaan kata) dan sintaksis (sistem pembinaan ayat).